Laman Utama

Sentiasa Kena Kecam, Kylie Jenner: “Saya Manusia Paling ‘Berkulit Tebal’ Di Planet”

Maliah Surip
02/11/2022
14:55 MYT
Kylie Jenner melabelkan dirinya sebagai manusia dengan ‘kulit paling tebal’ di planet selepas tidak pernah berhenti menjadi sasaran kecaman daripada pengguna media sosial.
Apa lagi kata Jenner, dia mula dikecam sejak tahun 2007, sewaktu berusia 10 tahun ketika meledak dengan program realiti keluarganya, Keeping up with the Kardashians.
Kini pada usia 25 tahun dan telah lebih sedekad menerima kecaman, Jenner telah lali dengan situasi yang dihadapinya.
“Saya fikir saya mungkin manusia paling berkulit tebal di planet kerana berjuta orang bercakap tentang saya,” katanya seperti dilaporkan DailyMailuk.
Ibu dua anak itu juga mengaku mendapat banyak pelajaran daripada kehidupannya yang telah lama terdedah di media sosial.
Mengatakan dulu dirinya memang menggunakan media sosial dengan kerap, kini dia mula membataskan kemunculannya, kecuali dengan agenda kerja.
“Jadi sekarang saya kurang terdedah. Saya fikir jika saya berkongsi terlalu banyak atau hanya sedikit, orang tetap mempunyai akses untuk berkata tentang saya, seperti mereka sangat mengenali saya,” akuinya lagi.
Meski sempat tertekan dengan situasi yang dialami, kata Jenner apa yang penting adalah keluarga dan teman rapat mengenali dirinya yang sebenar.
“Keluarga dan rakan terdekat kenal diri saya, jadi ini yang lebih penting,” katanya lagi.
Jenner yang juga merupakan mogul produk kecantikan ini merupakan salah seorang manusia yang paling ramai diikuti di media sosial.
Dia memiliki sebanyak lebih 370 juta pengikut di Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Keanu Reeves Sentiasa Ingat Mati, Minta Semua Hargai Hidup

gempak
25/07/2024
14:21 MYT
Aktor Keanu Reeves telah melalui episod kehilangan ramai orang yang disayangi dalam hidupnya.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Viral

Pemuda 22 Tahun Bergaya Outfit RM900,000, Netizen Auto Jealous! - “Baiklah Duit Guna Beli Property”

gempak
21/07/2024
08:55 MYT
Satu video tular baru-baru ini menarik perhatian ramai pihak apabila ia mempamerkan seorang jejaka berusia 22 tahun memakai pakaian bernilai hampir RM900,000.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Hollywood

Bintang Beverly Hills 90210 & Charmed, Shannen Doherty Meninggal Dunia

gempak
14/07/2024
13:27 MYT
Khabar duka datang dari dunia Hollywood. Salah seorang aktres terkenal sekitar tahun 90-an, Shannen Doherty meninggal dunia pada usia 53 tahun.