Berita
"Sepatutnya Tanya Balu Dia, Tanya Adik Dia" - Michael Ang Kecewa Sikap Pihak Yang Suka Melagakan Orang
Pengarah dan penerbit Michael Ang berang apabila terdapat individu yang dilihat seolah-olah cuba melaga-lagakan dua pihak dengan berkongsi laporan cerita yang dianggap sebagai berat sebelah.
Lebih terkilan, Michael, 44, berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu melibatkan hal orang yang sudah meninggal dunia.
"Sepatutnya, tanya balu dia, kemudian tanya adik dia, kalau dia kena mengena dengan keluarga itu. Ini buat satu (pihak) sahaja, lepas tu post (di media sosial), semua orang dah salah anggap.
"Kau janganlah tanya sebelah pihak, kau tanya dua belah pihak dan baru kau pi post video, kau buat rumusan. Ini tidak, kau tanya sebelah sahaja, kemudian lagi sebelah bergaduh.
"Sekarang semua netizen yang sokong kau akan cakap kau betul, yang sana sokong dia, akan cakap kau yang salah. Kan benda bodoh ni melaga-lagakan orang, bukak aib semua," katanya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Perkongsian Michael itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang mana rata-rata bersetuju dengan apa yang diutarakannya itu.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama dalam posting tersebut, video berkenaan dikatakan mempunyai kaitan dengan isu kontroversi melibatakan antara usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan pelawak Ali Puteh.
Terdahulu Aliff Syukri memuat naik video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook miliknya ketika membuat kunjungan ke rumah balu pelawak Abam, Nor Hidayah Mohd Ali.
Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan kekecohan apabila ia menyentuh isu berkaitan peninggalan harta.
Must-Watch Video