GAYA HIDUP
"Seperti Ibu & Anak Saling Menyayangi" - Momen Indah Raja Permaisuri Agong & Tun Siti Hasmah Curi Tumpuan Netizen
Foto Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membaca Surah Yasin bersama isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mencuri tumpuan netizen.
Gambar serta momen tersebut disifatkan sangat indah apabila kedua-dua mereka saling bersandaran dan berpelukan.
Difahamkan gambar itu diambil ketika Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat bersempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara, baru-baru ini.
Gambar tersebut dimuat naik di Instagram yang dikendalikan Istana Negara dan sehingga kini ia telah menerima lebih 24,000 likes.
Menerusi ruang komen, rata-rata netizen menyifatkan gambar tersebut memaparkan imej keibuan yang sangat kuat.
Imej tersebut digambarkan seperti ibu dan anak saling sayang-menyayangi.
Anda boleh lihat antara komen menarik netizen di bawah.
Raja Permaisuri Agong sebelum ini memang dikenali sebagai seorang yang sangat dekat dengan rakyat dan sangat merendah diri.
Must-Watch Video