Laman Utama

Seram! Jumpa Lipan Besar, Paku Karat & Tulang-Temulang Ketika Pasang 'Artificial Grass'

gempak
Zulaikha Yusof
21/08/2020
08:35 MYT
Sponsor Banner
Seram! Jumpa Lipan Besar, Paku Karat & Tulang-Temulang Ketika Pasang 'Artificial Grass'
Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan Anan Adli berkongsi pengalaman menakutkan ketika memasang 'artificial grass' di salah sebuah rumah pelanggan miliknya.
Menurut Anan, ketika sedang mencangkul tanah dia terjumpa seekor lipan yang besar tidak sama dengan yang pernah dijumpai sebelum ini.
Ceritanya lebih lanjut, di kawasan sama dia menemui sebungkus kain kelabu yang berisi sebatang paku berkarat dan sebiji benda keras berbentuk seperti biji getah.
"Lama dah kami simpan cerita ni. Baru hari ni kami nak kongsi cerita. Kat mana berlaku, bila berlaku, siapa tuan rumah, biarlah hanya kami yang tahu.
"Bukan untuk mengaibkan. Tapi supaya memberi iktibar dan pengajaran untuk kita semua.
"Beberapa hari sebelum kami pasang rumput di rumah ni, pelanggan saya ada menghubungi saya. Katanya suaminya tak berapa setuju untuk pasang rumput ni di rumahnya.
"Pelanggan saya merupakan seorang wanita lingkungan umur 50an. Dia ada berpesan, kalau suami dia bising-bising atau cakap macam-macam, pedulikan ja. Pekak kan je telinga macam kita sedang memakai 'earphone'.
"Sampai lah hari yang dijadualkan untuk pasang di rumahnya. Dan ditentukan Allah, suami dia tiada di rumah atas urusan pekerjaan. Jadi kami tak perlu lah memakai 'earphone' hari tu.
"Sedang kusyuk kami mencangkul, ada keluar seekor lipan yang sangat besar di bawah sebuah pokok. Badan berwarna merah, kepala berwarna oren.
"Sepanjang kami berkecimpung dalam bidang ni, setiap kali berjumpa lipan ketika mencangkul rumput, itu perkara biasa. Memang habitat lipan adalah di tanah dan rumput.
"Tapi lipan yang kami jumpa di rumah pelanggan ni besar dan laju sangat. Tak pernah lagi kami terjumpa dengan lipan sebesar tu sebelum ni.
"Atas faktor keselamatan, kami terpaksa membunuh lipan tersebut. Kalau lipan-lipan yang kami jumpa sebelum ni, kami hanya kuis dan campak di tempat yg lebih selamat.
"Cangkul punya cangkul di tempat lipan tersebut, kami menemui sebungkus kain kelabu yang digulung dalam tanah. Perasaan ketika itu rasa takut tapi dalam masa yang sama ingin tahu apa yg ada di dalamnya.
"Sambil meminta perlindungan dari Allah dan membaca ayat kursi, kami membuka bungkusan kain tersebut. Di dalamnya terdapat sebatang paku yang sudah berkarat dan sebiji benda yang keras berbentuk seperti biji getah," tulisnya.
Tambah Anan, pelanggannya menyatakan dia pernah disihir dan ini bukan kali pertama bungkusan mistik itu berada di halaman rumahnya.
"Pelanggan saya ada dalam rumah masa ketika itu. Lalu saya panggil dia untuk beritahu dia tentang perkara ni. Reaksi dia tak berapa terkejut. Dia hanya cakap oh awak jumpa lagi ye.
"Lepas tu baru dia buka cerita lama. Kami hanya mendengar sambil membuat kerja. Rupanya dia juga pernah terjumpa bungkusan yang ditanam yang dipercayai untuk menyihirkannya sebelum ni di dalam kawasan rumah jugak.
"Allahuuu..masa tu lama dia sakit dan menderita. Lalu dia buang bungkusan tu dalam laut," tulisnya lagi.
Tidak cukup dengan itu, Anan menjumpai satu bungkusan yang lagi menggerunkan iaitu tulang-temulang di hadapan pintu masuk rumah.
Walau bagaimanapun, Anan membuat keputusan untuk tidak membuka kerana berasa seram.
"Selepas kami selesai pasang rumput di kawasan tersebut, pelanggan saya minta pasang lebihan rumput yang dia ada di kawasan lain. Kira additional quotation la.
"Kawasan yg dia suruh buat tu kawasan bertanah betul-betul di depan pintu masuk rumah. Katanya di situ lah dulu dia jumpa bungkusan yang pertama dulu.
"Masa nak buat tu, dia siap berpesan, kalau ada jumpa lagi bungkusan lain, bagitahu dia.
"Kami pun buat lah kerja tambahan tu. Tengah cangkul-cangkul tu sekali jumpa lagi satu bungkusan. Kali ni lagi seram.
"Sebab ada tulang temulang dalam plastik dan lagi satu bungkusan kecil yang lembik berwarna putih seperti kapur barus atau tepung di dalamnya dan ada benda keras dalam tu juga.
"Kali ni kami tak berani nak bukak. Sebab takut benda tersebut kotor dan najis. Tulang apa kami tak tahu. Tapi tulangnya besar-besar.
"Ya Allah terkejutnya kami! Kami pun terus bagitahu pelanggan saya tu. Sekali lagi reaksi dia tak terkejut. Dia hanya cakap, aunty redha dan aunty serah je pada Allah.
"Kami masing-masing berdoa pada Allah agar diberikan perlindungan daripada gangguan yang mungkin akan tempias pada kami. Minta Allah pelihara dan lindungi kami semua sekeluarga dari gangguan jin dan syaitan.
"Siapa yang melakukan perkara tersebut sudah pastinya telah melakukan perkara syirik pada Allah. Hanya Allah siapa yang buat dan apa tujuannya.
"Syirik adalah dosa besar yang paling besar. Oleh itu, ianya diletakkan sebagai dosa besar yang pertama daripada 76 dosa besar yang dihimpunkan oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir. Maka jelas syirik merupakan perkara yang sangat diharamkan dalam Islam," tulis Anan.
Sumber: Facebook Anan Adli
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live