Gaya Hidup

"Seriouslah! Nak Bersenam Pun Perlukan Ilmu Ke Doc?" - Dr Che Hafiz Kongsi Amalan

gempak
Badrul Hashim
11/09/2020
12:56 MYT
Sponsor Banner
"Seriouslah! Nak Bersenam Pun Perlukan Ilmu Ke Doc?" - Dr Che Hafiz Kongsi Amalan
Dari bentuk fizikal Dr Che Hafiz, pasti ramai yang tahu dia seorang 'kaki' gym. Ramai yang ingin sihat dan mempunyai bentuk badan yang menarik tetapi lupa tentang perkara penting yang perlu dilakukan selepas bersenam.
Untuk memudahkan ramai yang bertanya, Dr Che Hafiz berkongsi beberapa amalan yang digalakkan selepas selesai sesi senaman terutamanya di gymnasium.
"Memang saya tak nafikan ramai antara kita yang pergi ke gym untuk bersenam, tetapi saya yakin sebenarnya ramai juga yang tidak tahu akan perkara-perkara yang sepatutnya mereka buat selepas bersenam ini.
"Jadi hari ni saya ingin kongsikan beberapa perkara / amalan yang digalakkan selepas selesai sesi bersenam seperti di bawah.
"1. Refuel balik badan yang telah banyak kehilangan tenaga tu dengan mengambil makanan yg mengandungi sumber carbohydrate, protein, minerals dan juga lemak.
"2. Jangan terus makan selepas bersenam, eloklah jika tunggu sekurang- kurangnya setengah jam ke 45 minit. Lepas tu boleh la nak menelan.
"3. Biasa kan diri untuk buat cooling down setelah selesai bersenam dan elakkan berhenti secara mengejut atau baring.
"4. Kemudian, minumlah air putih dengan secukupnya terutama untuk korang yang buat senaman yang berat bagi mengelakkan dehidrasi.
"5. Mandi air Sejuk dan memakai pakaian yang selesa," kongsi Dr Che Hafiz tentang lima tips amalan yang digalakkan untuk mereka yang bersenam.
Menurut Dr Che Hafiz lagi jika ingin bersenam sememangnya memerlukan sedikit pengetahuan untuk memastikan setiap yang dilakukan itu adalah selamat dan tidak memudaratkan.
"Jadi untuk jawapan saya mudah je. Nak bersenam pun memang perlukan ilmu pengetahuan serba sedikit supaya senaman yang kita lakukan tu selamat, berkualiti dan paling penting tidak memudaratkan badan," kongsinya lagi.
Seriouslah! nak bersenam pun perlukan ilmu ke doc? Memang sy tak nafikan ramai antara kita yang pergi ke gym untuk bersenam , tetapi saya yakin sebenarnya ramai juga yang tidak tahu akan perkara2 yang sepatutnya mereka buat selepas bersenam ini? Jadi harini sy ingin kongsikan beberapa perkara/amalan yg diggalakkan selepas selesai sesi bersenam spt dibawah ? 1. Refuel balik badan yang telah banyak kehilangan tenaga tu dengan mengambil makanan yg mengandungi sumber carbohydrate,protein,minerals dan juga lemak. 2. Jangan terus makan selepas bersenam, eloklah jika tunggu sekurang- kurangnya setengah jam ke 45 minit.pastu boleh la nak menelan. 3. Biasa kan diri untuk buat cooling down setelah selesai bersenam dan elakkan berhenti secara mengejut atau baring. 4. Then,minumlah air putih dgn secukupnya terutama untuk korang yg buat senaman yg berat bagi mengelakkan dehidrasi. 5. Mandi air Sejuk dan memakai pakaian yang selesa. Jadi untuk jawapan sy mudah je, Nak bersenam pun mmg perlukan ilmu pengetahuan serba sedikit supaya senaman yg kita lakukan tu selamat,berkualiti dan paling penting tidak memudaratkan badan.
A post shared by Dr Che Hafiz (@drchehafiz) on
Ramai yang berterima kasih dengan perkongsian Dr Che Hafiz di Instagram miliknya itu dan tidak kurang juga yang bertanyakan rahsia kulitnya yang licin, mulus dan gebu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live