Berita
Serius Best! Ini Tiga Lokasi Coconut Shake Terbaik Di Kelantan Pilihan Datuk Fazley
Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaacob telah menjelajah negeri Kelantan dengan tujuan untuk mencari tiga lokasi terbaik menjual minuman Coconut Shake.
Jelajah bersama para media yang diadakan dengan kerjasama peneraju jenama minuman terkenal, Fraser and Neave Holdings Bhd. (F&N) itu berlangsung hari ini.
Fazley yang juga merupakan jurucakap salah satu produk F&N, King’s Ice cream sejak empat tahun lalu itu berkata Kelantan mencatat statistik tertinggi pengguna yang membeli ais krim tersebut di Malaysia.
“Faktor utama itulah yang membuatkan saya mendapat idea untuk mengadakan jelajah untuk mencari Coconut Shake terbaik di negeri ini.
“Selain mencari coconut shake, saya juga berpeluang memberi penghargaan kepada para peniaga selain menggalakkan lebih banyak usahawan untuk terlibat dalam perniagaan sebegini
“Terdapat pelbagai lokasi yang menjual Coconut Shake di Kelantan telah dikongsi oleh orang ramai menerusi platform media sosial F&N dan saya sendiri.
“Jadi kami pilih tiga lokasi yang diiktiraf sebagai yang terbaik oleh mereka,” katanya ketika ditemui pada siri jelajah tersebut.
Tiga lokasi yang menerima kunjungan dan cenderamata khas daripada Fazley adalah Marliza Coconut Shake (Wakaf Che Yeh), Abe Manja Coconut Shake (Pasir Mas) dan Restoran Aisyah (Tumpat).
Dalam pada itu, Fazley akui gembira dapat melakukan siri jelajah berkenaan.
“Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan saya gembira dapat melaksanakan jelajah ini.
“Selain itu saya turut berterima kasih kepada Malindo Air dan hotel Perdana yang menaja penerbangan serta penginapan sepanjang jelajah ini," katanya.
Tambah Fazley yang juga merupakan perancang strategik untuk King’s Ice Cream, siri jelajah ini akan diteruskan ke negeri lain dari masa ke semasa.
Dalam perkembangan lain, Fazley bakal merakamkan sibgke baru berbahasa Mandarin sebelum tiba perayaan Tahun Baru Cina.
Manakala muzik video untuk lagu Cinta Seluas Lautan bakal menjalani penggambaran di Taiwan tidak lama lagi.
Must-Watch Video