DRAMA
"Serius Buat Air Mata Jantan Aku Mengalir" - Dah Sampai Ke Penghujung, Jangan Lupa Saksikan Episod Akhir Setelah Terlafaznya Akad Malam Ini!
Episod akhir naskah arahan pengarah prolifik Michael Ang, Setelah Terlafaznya Akad (STA) bakal bersiaran malam ini.
Ditayangkan di slot Megadrama, drama bersiri yang diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose ini diminati ramai.
Drama bersiri yang mempunyai 28 episod ini merupakan adaptasi novel judul sama karya hebat penulis Ana Milia.
Menerusi pemerhatian Gempak di laman sosial Twitter, episod ke-27 STA membuatkan ramai peminat yang mengalirkan air mata.
Kaki drama juga tidak sabar menantikan apakah kesudahan kisah cinta agung antara Hanan dan Nawal.
— FaizYussof (@paihcop) July 31, 2019
— Nasri (@Nasri_999) July 31, 2019
Sape layan cita ni memang best ?✨ minggu akhir ni khamis the end? tapi drama ni memang best? #SetelahTerlafaznyaAkad pic.twitter.com/QNzC75RPfF— Hakimi (@Kimihazli_) July 31, 2019
Takleh tahan tengok episod tadi. Im cryinggggg ?? #SetelahTerlafaznyaAkad pic.twitter.com/Jxde6svqhk— Azuan (@IwanKamarul) July 31, 2019
2 kali ulang episod malam ni 2 kali jugak aku nangis. Sakit terukkkk rasa dalam hati tengok Hanan berat nak lepaskan Nawal ??? @kamaladli @Uqashasen#SetelahTerlafaznyaAkad— Syafawani Nur Dini (@syafawani_d) July 31, 2019
Selain Kamal dan Uqasha, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Zul Helmy, Zeera Azizi, Alif Muhaimin, Erwin Dawson, Sharifah Shahora dan ramai lagi.Refuse to accept the fact that tmr is the last episode ???? #setelahterlafaznyaakad— SHS (@saadiahhh) July 31, 2019
Jangan lupa saksikan episod akhir drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad malam ini, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Gunakan hashtag #SetelahTerlafaznyaAkad untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial anda!
Must-Watch Video