Berita
“Serius Nervous Masa Masak, Takut...”- Aidilfitri Di Perth, Raja Ilya Pertama Kali Masak Juadah Raya
Pelakon Raja Ilya menceritakan pengalaman kali pertama memasak juadah Raya ketika menyambut 1 Syawal di Perth, Australia baru-baru ini.
Menurut Ilya, dia berdebar ketika masak juadah seperti rendang, lemang dan biskut raya lebih-lebih lagi ia dihidangkan untuk tetamu yang datang berhari raya.
“First time masak untuk raya, haha serious nervous time masak takut terlebih pedas atau terkurang garam.
“Tapi berjaya juga siapkan rendang, lemang, biskut raya dan siap buat cendol lagi,” tulisnya.
Ilya berkongsi pengalaman memasak juadah raya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Ilya memuat naik fotonya bersama suami dan juadah yang disediakan.
Dalam foto-foto yang dikongsikan juga, kelihatan ramai tetamu yang berkunjung ke rumahnya.
Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret yang merupakan jejaka berasal dari Australia itu pada 23 Disember 2018 dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.
Must-Watch Video