Laman Utama
Seriuslah, Peminat Jual Tetes Air Hujan Dari Konsert Taylor Swift Bernilai Ribuan Ringgit
Seorang peminat yang menghadiri konsert Taylor Swift di Foxborough, Massachusetts nampaknya begitu bijak mengambil kesempatan sehingga boleh disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Hal itu lantaran dia didapati berusaha menjual tetesan air hujan yang sudah dimasukkan ke dalam balang yang didakwa dikumpul daripada kehadiran pada konsert Taylor Swift Eras Tour.
Menerusi ‘iklan’ yang dibuat dan dilihat daripada hantaran akaun Instagram Only in Boston, air yang didakwa tetesan hujan tersebut dipanggil Taylor Swift Eras Tour Merch Rain.
Ia kemudian mahu dijual pada harga $250 atau RM1, 142.
‘Jualan’ tersebut kemudian menerima beragam komen yang kebanyakannya berasa tindakan menjual tetes air hujan sebagai mengarut.
“Ini didapatkan daripada bahagian lantai tempat duduk atau dari balkoni?”tanya seorang netizen.
“Air suci,” tulis yang lain pula.
Sementara itu, menerusi akaun Instagramnya, Swift melahirkan rasa teruja kerana peminat tidak berganjak meski hujan lebat membasahi bumi sewaktu konsert berlangdung.
“Kami bergembira sepanjang malam di dalam hujan dengan durasi konsert 3 jam setengah di Foxborough MA!!”tulisnya bersama beberapa foto dirinya dirakamkan basah kuyup di atas pentas.
Must-Watch Video