Berita
"Sesungguhnya Ajal Itu Pasti & Tak Mengenal Usia" - Erra Fazira
Pelakon dan penyanyi Erra Fazira mengingatkan pengikutnya supaya bersedia dalam menghadapi saat kematian.
Menerusi entri di Instagram (IG), Erra menjelaskan kematian tidak mengenal usia dan meluahkan rasa sedih atas pemergian insan yang dikenalinya.
"Innalillahiwainnailaihirojiun. Satu persatu berita kehilangan teman dan kenalan. Sesungguhnya ajal itu pasti dan tak mengenal usia. Moga kita semua beroleh Husnul Khotimah dipenghujung hayat kita. Amiinnn.
"Salam takziah kepada seisi keluarga @fadilahmansor serta @kei_ramoss diatas pemergiaan suami dan ayahanda tercinta. Malaysia kehilangan seorang biduan negara yang banyak jasa baktinya kepada industri seni tanah air. Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan.
"@Afdlinshauki diatas pemergian adinda semalam. Dua insan tersayang, bonda dan adindanya telah dijemput Allah dalam masa yang agak dekat.
"Moga kalian semua tabah menghadapi dugaan dan sama-sama kita berdoa agar roh mereka ditempatkan dikalangan Hamba Allah yang soleh dan solehah. Amiiinnn. Al-Fatihah," tulisnya.
Semalam negara digemparkan dengan berita kematian Datuk A. Rahman yang meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak pada pukul 12.40 pagi.
Sementara itu, adik kepada pelawak dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki, Allahyarham Jefri telah pulang ke rahmatullah pada jam 5.14 petang Rabu di Hospital Thomson, Kota Damansara.
Must-Watch Video