,
Laman Utama

Set Ulek Mayang Kena 'Kacau' Hari-Hari - "Neera Azizi Tak Sedarkan Diri, Sepak Ustaz, Pengarah Dengar Bunyi Loceng"

Amri Hassan
30/08/2021
04:55 MYT
"Nak buat Ulek Mayang kena hati-hati dan stand by ustaz," demikian pesanan awal Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Tuan Asmawi kepada pengarah drama Ulek Mayang, Eoon Shuhaini.
Dedah Eoon, sepanjang beberapa hari penggambaran di Lumut, Perak, hampir setiap hari kru dan pelakon 'diganggu' dalam pelbagai cara.
Malah, pelakon utamanya, Neera Azizi tidak sedarkan diri ketika penggambaran salah satu babak drama tersebut.
"Nak buat siri Ulek Mayang agak susah skit sebab ramai dalam set ketakutan, hari-hari kena kacau dan diganggu...
"Kalau mainkan lagu Ulek Mayang dengan gitar pun, kami kena ganggu. Sebelum ini ada juga kena kacau tapi biasa saja, Ulek Mayang ni berbeza sikit!
"Ada salah satu babak watak puteri, Neera Azizi diganggu sehingga terpaksa guna pelakon stand in kerana dia sangat lemah. Dia jadi tak sedarkan diri.
"Awalnya dia rasa sedih, menangis kemudian terus tak sedar. Dia pun tak sedar yang dia ada sepak ustaz," ceritanya.
Lebih mencemaskan, Eoon sendiri terdengar bunyi loceng misteri ketika penggambaran.
"Ada part yang saya terdengar bunyi loceng dari jauh sampai dekat dan kemudian jauh kembali.
"Ketika itu Ara Johari dan Didi Astillah sampai terhenti dialog dan beritahu saya mereka tak boleh teruskan lakonan," katanya.
Kata penerbit Malaysian Ghost Stories, Arie Zaharie, objektif utama yang ingin disampaikan kepada penonton adalah mendedahkan generasi muda yang kurang percaya kepada kewujudan entiti seram.
"Kami ingin sampaikan kepada penonton pelbagai kisah hantu yang sering diceritakan di Malaysia sebagai hiburan untuk memberi kelainan.
"Kebanyakan generasi muda zaman sekarang kurang percaya dengan kewujudan entiti seram. Oleh itu, kami cari dan himpunkan semula kisah-kisah tersebut untuk dijadikan asas penceritaan utama.
"Drama ‘Malaysian Ghost Stories’ bakal mengupas secara terperinci kepelbagaian jenis hantu yang sering didengari di Malaysia agar dapat memberi gambaran dan visual yang jelas mengenai bentuk, rupa dan sifat hantu tersebut serta bagaimana cara untuk mengatasi sebarang gangguan mistik sekiranya ada.
"Setiap kisah yang ditonjolkan sarat dengan nilai murni untuk diambil sebagai teladan dan pengajaran agar kita tidak sewenang-wenangnya mempersendakan kewujudan makhluk ini," katanya yang turut mendapatkan khidmat nasihat daripada pegamal dan pakar perubatan Islam.
Menerusi paparan sebanyak 18 buah episod, himpunan penceritaan kisah seram berkaitan alam mistik legenda yang sering diceritakan secara turun temurun dalam pelbagai versi oleh masyarakat di Malaysia akan ditampilkan dengan sentuhan baharu.
Sebanyak 18 buah cerita hantu yang berlainan akan dibawakan pada setiap episod seperti ‘Nenek Hostel’, ‘Hantu Kum Kum’, ‘Nenek Kebayan’, ‘Jin Pemusnah’, ‘Hantu Raya’, ‘Hantu Air’, ‘Balan-Balan’, ‘Pontianak’, ‘Langsuir’, ‘Pelesit’, ‘Hantu Jepun’, ‘Pocong’, ‘Nu Gui’ (Hantu Cina), ‘Nishi Dak’ (Hantu India), ‘Ulek Mayang’, ‘Hantu Tiada Kepala’, ‘Hantu Barang Antik’ dan ‘Hantu Jari’.
Seramai lebih 27 selebriti popular tanah air terlibat untuk menjayakan drama ini. Antaranya termasuklah Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Bella Astillah, Chubb-E, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Ellie Suriaty, Adam Shahz, Anna Jobling, Keith Foo, Kazar Saisi dan Amerul Affendi.
Turut sama dalam siri Malaysian Ghost Stories adalah Ara Johari, Hasnul Rahmat, Jasper Supayah, Azman Ahmad, Hanna Aqeela, Azar Azmi, Fimie Don, Nabil Aqil, Balkisyh Semundur Khan, Erry Putra, Hamdan Senario, Sabrina Ali, Eric Fuzi, Fadhli Masoot dan ramai lagi.
Malaysian Ghost Stories ditayangkan pada setiap hari isnin hingga Khamis pukul 11 malam di saluran Astro Ria (124) dan Ria HD (104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama tersebut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anak Ayda Jebat Nampak Makhluk Halus, Menjerit Sambil Tunjuk Siling Tandas - “Ini Bukan Kali Pertama…”

gempak
29/10/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi kejadian misteri dialami anak sulungnya iaitu Ana Nayla yang diganggu makhluk halus ketika sedang mandi di tandas rumah.
Hiburan

Ternampak Mahluk Halus Ketika Sedang ‘Shooting’, Wafariena Lebih Rela Berdiam Diri - “Masa Mereka Guna Darah Palsu, Benda Itu Muncul…”

gempak
28/10/2024
15:55 MYT
Namun, menurut pemilik nama Wafariena Roslan, dia memilih untuk berdiam diri ketika berhadapan dengan situasi tersebut kerana ingin memberi fokus kepada krew dan pelakon lain.
Hiburan

Merinding...Suara Zara Zya Tiba-Tiba Bertukar Jadi Garau Masa Sebut Perkataan 'Iblis'

gempak
01/10/2024
13:55 MYT
Pelakon Zara Zya baru-baru ini berhadapan dengan situasi mistik apabila dirinya secara tiba-tiba menyebut perkataan 'iblis' dengan suara yang garau.
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Unitar