Laman Utama

Setahun Kahwin, Syafiq Farhain Umum Bakal Jadi Bapa - “Isteri Akan Bersalin Sekitar…”

Asyikin Mayudin
26/01/2023
23:50 MYT
Penyanyi dan pelakon Syafiq Farhain mengesahkan isteri yang juga pengurusnya iaitu Alia Nadia, 29, kini hamil lima bulan cahaya mata pertama selepas lebih setahun berkahwin.
Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain AM Salim, 29, mengakui dia berasa berdebar menantikan kehadiran anak sulungnya yang dijangka akan lahir pada Mei atau Jun depan.
“Ya, isteri saya hamil lima bulan. Jadi saya berharap sesiapa yang baca berita ini sama-sama mendoakan semoga anak kami dan juga isteri saya sihat dan selamat.
“Insya-Allah isteri saya akan melahirkan anak kami sekitar Mei atau Jun depan. Jujurnya macam-macam saya fikir apa yang saya buat nanti.
“Tapi kalau tanya saya sudah bersedia atau belum, semestinya kita kena bersedia. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan baik dan saya juga tiada masalah alahan atau sebagainya,” katanya.
Syafiq ditemui pada sidang media Jelajah Amal Solidariti Untuk Iskandar Spring di sebuah restoran di sini, petang tadi.
Pada April tahun lalu, Syafiq mengaku sudah berkahwin pada 10 Oktober 2021 dan tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinan mereka.
Dalam perkembangan lain, Syafiq berbesar hati dipilih terlibat untuk membantu pemain gitar Spring, Iskandar dalam Jelajah Amal Solidariti Untuk Iskandar Spring yang akan diadakan di Santai Seni@TAR, Jalan Tunku Abdul Rahman, pada Ahad ini.
Persembahan percuma ini akan bermula pada pukul 2.30 sehingga 6.30 petang.
Iskandar kini dalam keadaan lumpuh serta menderita pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, kesukaran bertutur dan menjalani dialisis akibat komplikasi buah pinggang.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Serangan Balai Polis: Ibu, Bapa Tiada Kekuatan Lihat Barang Arwah Konstabel Muhamad Syafiq

gempak
08/06/2024
23:55 MYT
Ahli keluarga kepada Konstabel Muhamad Syafiq, 24, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, mengaku tidak sanggup untuk membuka bungkusan barang peninggalan Allahyarham yang diterima mereka.
Laman Utama

Syafiq Kyle & Mimi Lana Tunggu Masa Nak Kongsi Tarikh Nikah - “Saya Rasa Semua Orang Yang Melalui Proses Ini Akan…”

gempak
12/07/2023
07:50 MYT
Mesti tak lama je lagi ni...
Laman Utama

#PE3: Tidak Mahu Sama ‘Level’, Syafiq Kyle Akui Gementar Bergandingan Dengan Zizan Razak & Shahiezy Sam - “Saya Percaya Setiap Pelakon Ada…”

gempak
30/05/2023
05:55 MYT
Syafiq pun power boh!
Laman Utama

Bahang ‘Polis Evo 3’ Kian Terasa, Syafiq Yusof Berlapang Dada Terima Kritikan - “Bagi Saya, Apa Salahnya Kalau Seorang Pengarah…”

gempak
23/05/2023
08:50 MYT
Syafiq sedia terima kritikan.
Laman Utama

Syafiq Yusof Kesal Blog Putar Belit Kenyataan Melibatkan Syamsul Yusof - “Kalau Teruk Sangat, Saya Akan Ambil Tindakan!”

gempak
20/05/2023
13:55 MYT
Syafiq Yusof terkilan...