Laman Utama
Setahun Pemergian Abam, Keluarga Bocey Rindu - Kehilangan Abam Masih Dirasai...
Hari ini genap setahun pemergian pelawak Abam Bocey atau nama sebenarnya penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, akibat demam panas.
Sungguhpun sudah satu tahun Allahyarham pergi meninggalkan kita, kehilangannya masih dirasai sehingga hari ini.
Rasa duka turut dikongsi keluarga Bocey iaitu Fad dan Achey apabila masing-masing turut berkongsi kenangan serta rasa rindu terhadap Allahyarham di laman sosial Instagram (IG) masing-masing.
“Genap setahun kau tinggalkan kami, rindu ini tak pernah berubah, doa aku sentiasa ada untuk kau, sayang ini terus mekar sampai bila-bila, setiap hari terngiang-ngiang suara-suara gelak kau, suara kau bercakap, hati ini hanya rindu…
“Ni antara baju yang selalu kau pakai dulu, bila kau pakai baju ni dulu aku selalu bahan kau kan…Terus bahagia di dunia abadi sahabat… A- FATIHAH unutk Allahyarham SYED UMAR MOKHTAR (Abam),” tulis Fad menerusi hantaran terkininya di IG.
Sementara itu Achey, telah memuat naik paparan skrin sedang berbual bersama Fad dan Abam dengan kapsyen sayu namun cukup untuk menggambarkan rasa rindu terhadap sahabatnya itu.
“Borak je lah mana yang ada,” tulisnya sambil meninggalkan tanda pagar #setahunabam #bocey #bertigasementaraboceyselamanya #kitabaikramaisayang.
Selain itu Achey turut berkongsi semula hantaran dimuat naik isterinya, Anne yang mengimbas kembali perjalanan Bocey ketika mula-mula berada di pentas lawak.
“Jarang aku mengarang cerita. Nak di cerita perjalanan Bocey. Aku salah seorang saksi kepayahan, cabaran, liku-liku perjuangan serta persahabatan mereka.
“Ingat lagi awal kemunculan diaorang berangan-angan nak berada di hati peminat…Syukurnya Fad dan Abam dapat terima Achey walaupun statusnya sudah berkahwin.
“Ye lah keselesaan diorang masa tu mungkin berkawan dengan yang bujang...Aku silap bila sillaturrahim Allah wujudkan dalam hati diaorang sangat kuat…Diorang berdua layan aku macam adik beradik diorang.
“Maharaja Lawak Mega pertama, minggu yang pertama…Aku ingat lagi...Menggigilnya diaorang nak berada di pentas besar. Masa tu aku dengan Ali Puteh dan Angah Rosdi je penyokong diaorang.
“Aku dengan Ali redah je untuk menjadi penyokong diaorang walaupun kerusi penyokong Bocey banyak yang kosong! Kami tak peduli pun, aku dengan Ali akan menjerit tak tentu hala untuk semangat mereka.
“Tapi aku silap, setiap lemparan komedi mereka pada malam itu menjadi air mata gembira buat aku sebab setiap punch line diaorang bergemuruhhhh satu MBSA!!! Semua orang suka Bocey sehingga lah penuhhh orang nak menyaksikan mereka.
“Dari situ aku mula nampak yang mereka meletakkan sillaturrahim yang hebat antara mereka untuk bersama di mana sahaja…Dengan membawa semangat mencari rezeki di paras yang tertinggi mereka mahukan.
“Aku kadang-kadang sebagai isteri Achey CEMBURU tengok rapatnyaa diorang ni...Tapi aku tau mereka ni bukan sayang antara mereka, tapi mereka sayang seluruhnya yang berkaitan dengan mereka.
“Terima kasih Bocey,” luah Anne.
Abam meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi, 10 Februari 2020. Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 2 tahun.
Must-Watch Video