Pelakon Faye Kusairi meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang berani untuk menimbulkan masalah tanpa mengetahui perkara sebenar di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), Faye berharap agar media sosial tidak menjadi platfom untuk mencari musuh sebaliknya bersemuka jika mempunyai masalah.

"Kelakar kan? Tapi realitinya adalah. Secara metafora, beginilah gayanya kalau kita bergaduh atau mencari pasal atau tunjuk gengster antara satu sama lain di internet atau platform media sosial.

"Jadi, kalau ada tak puas hati atau ada fakta atau ada isu, baik berjumpalah terus. Bawa bincang. Kalau rasa diri tu betulah. Kalau nak tuduh tanpa bukti tapi rasa diri betul jugak, jumpalah face to face orang yang nak dituduh itu.

Kelakar kan? Tapi realitinya adalah... Secara metafora, beginilah gayanya kalau kita bergaduh atau mencari pasal/tunjuk gengster antara satu sama lain di internet/platform media sosial. Jadi, kalau ada tak puas hati atau ada fakta atau ada isu, baik berjumpalah terus. Bawa bincang. Kalau rasa diri tu betul lah. Kalau nak tuduh tanpa bukti tapi rasa diri betul jugak, jumpalah face to face orang yg nak dituduh itu. Kalau nak tunjuk gengster lah.... stakat menyalak kuat kat ig dan mengharap netizen hentam seseorang itu ini, takyah la nak kata diri tu lantang. Kalau betul berani tu, bila dah berdepan jangan berlagak macam hyenna. Acah2 berani nak menyalak tapiiiiii bila ada GENG jer. Cer sorang2, wa nak tgk lu kacau wa. Otherwise, you can continue menyalak kat ig je. A lion wont lower their pride or play with their food; if you know what I mean. ?

A post shared by FayeKusairi™ Official (@fayekusairi) on


"Kalau nak tunjuk gengsterlah. Setakat menyalak kuat kat ig dan mengharap netizen hentam seseorang itu ini, takyah la nak kata diri tu lantang.

"Kalau betul berani tu, bila dah berdepan jangan berlagak macam hyenna. Acah-acah berani nak menyalak tapi bila ada geng jer.

"Cer sorang-sorang, wa nak tengok lu kacau wa. Otherwise, you can continue menyalak kat ig je. A lion wont lower their pride or play with their food if you know what I mean," tulisnya.

Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Faye dan berharap agar orang ramai dapat menyelesaikan masalah secara bersemuka dan bukannya meluahkan di media sosial.