Selepas tiga penyanyi hebat Elton John, David Bowie dan Robbie Williams, kini giliran Taylor Swift pula menerima pengiktirafan tertinggi di anugerah muzik Brit Awards pada Selasa.

Dalam anugerah berprestij itu, Swift menerima trofi Ikon Global dan pada masa yang sama, mencipta sejarah sebagai artis bukan kelahiran United Kingdom pertama menerima pengiktirafan berkenaan.

Memetik laporan Billboard, Taylor layak menerima anugerah tersebut atas kejayaan dan impak namanya kepada peminat di seluruh dunia.

Antara faktor lain yang menyumbang kejayaan itu adalah penjualan album studio yang pernah menduduki tangga teratas dalam carta di UK sebelum ini.

Pada 2015, Taylor pernah merangkul trofi penyanyi wanita solo antarabangsa menerusi anugrerah sama.

Untuk anugerah khas yang baru dimenanginya itu, Elton John menerimanya pada tahun 2014, David Bowie (2016) diikuti Robbie Williams pada 2017.

Kredit Foto: Variety