Pelakon, Adlin Aman Ramli menyatakan rasa gembira dapat bekerjasama dengan aktor hebat iaitu Nam Ron dan Eman Manan.

Menurut Adlin, walaupun mereka tidak mempunyai babak yang banyak namun setiap adegan dilakonkan itu sangat bermakna.

“Semua pelakon dalam Tarantula X ini hebat-hebat belaka, saya seronok dapat bersama dengan Nam Ron.

“Walaupun adegan tidak banyak tetapi setiap adegan yang memerlukan kami dalam satu babak itu sangat berbaloi untuk ditonton.

“Saya juga lama tidak bersama dengan abang Eman Manan dan saya rasa penampilan beliau dalam Tarantula X ini menambah rencah yang lebih baik,” ujarnya dalam temu bual di sebalik tabir filem tersebut.

Selain Adlin, Tarantula X juga menampilkan Eman Manan, Nam Ron, Adlin Aman Ramli, Vanidah Imran, Mona Allen dan Jasper Supayah.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Tarantula X di Astro First saluran 480.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh distrim di Astro Go dan On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.


Sinopsis:

Tiga sahabat, dua keluarga, berantakan kerana seorang perempuan penggoda.

Filem ini mengisahkan tentang perempuan mata duitan, Shima (Mona Allen) yang suka menjalin hubungan sulit dengan lelaki kaya termasuk suami rakan-rakannya, Ayu (Vanida Imran) dan Liza (Marissa Yasmin).

Apabila Adam (Namron) iaitu suami Ayu menjadi lumpuh dan berkerusi roda akibat serangan jantung, Shima beralih arah kepada suami Liza, Anas (Adlin Aman Ramlie).

Sebagai sahabat baik kepada Adam dan Anas, Amir yang masih bujang (Rashid Salleh) mendamaikan mereka tetapi gagal.

Tanpa pengetahuan Anas, isterinya cuba menjodohkan Amir dengan Shima. Namun Shima menolak dan menghina Amir.

Modus-operandi Shima adalah mengambil “selfie” bersama pasangannya di atas katil lalu foto-foto tersebut dijadikan senjata untuk peras ugut mereka bagi mendapat wang yang dapat menampung kehidupan mewahnya.

Apabila Anas ingin memutuskan hubungan, Shima mengugut untuk sebarkan gambar dan menuntut RM1 juta, dan itu mencetus kemarahan Anas. Apabila Shima dijumpai mati dibunuh, penyiasatan yang diketuai ASP Anuar bermula.

Sebagai saksi utama, Ain iaitu adik angkat yang tinggal bersama Shima juga tersenarai sebagai suspek pembunuhan termasuk Anas, Ayu, Amir dan Adam.

Setiap mereka mempunyai asas dan sebab untuk melakukan pembunuhan berikut. Teka-teki motif dan suspek dibawa hinggalah ke babak terakhir untuk membongkar misteri pembunuh sebenar Shima.