Viral
"Setiap Inci Anjing Adalah Najis!" - PU Syed Tegur Aksi Swafoto Nabila Huda Dengan Anjing
"Fenomena membuat sesuatu yang haram dengan sedar dalam kalangan artis semakin menjadi-jadi dan dianggap biasa dikalangan mereka," itu antara teguran pendakwah bebas PU Syed yang merujuk kepada pelakon Nabila Huda.
Menganggap tindakan memuat naik foto selfie bersama seekor anjing baru-baru boleh mendatangkan fitnah, jelas PU Syed tindakan itu tidak wajar dilakukan Nabila.
"Dari adegan sentuh menyentuh, peluk-memeluk sehingga perkara-perkara dosa lain yang sering mereka ulang dan tanpa rasa rasa bersalah dipertontontkan kepada peminat mereka.
"Fenomena menormalisasikan dosa ini sangat bahaya dan ia boleh mendatangkan fitnah pada agama," tambah PU Syed.
Merujuk kepada perkara sama juga, PU Syed memberitahu setiap inci bagi seekor anjing dikira najis.
"Anjing adalah termasuk sebagai najis mughallazah iaitu najis berat. Sama ada yang digunakan untuk berburu atau tidak, yang kecil atau yang besar.
"Merujuk kepada Mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis.
"Kalaulah benar artis ini bermazhab lain selain mazhab di Malaysia, tak payahlah duduk 'up' gambar sebegitu rupa yang menatijahkan fitnah buat diri sendiri dan menjadi ikutan kepada peminat beliau. Biar tahu jangan keliru," kata PU Syed lagi.
Baru-baru ini tular foto Nabila bersama seekor anjing berbaka Husky Siberia yang dimuat naik ketika bercuti di New Zealand.
Bagaimanapun, jelas Nabila dia sudah menyamak dan memohon agar netizen tidak membuat sebarang spekulasi.
Must-Watch Video