Selebriti serba boleh, Ifa Raziah akui setiap kali menjelangnya Ramadan dan Syawal, dia pasti tidak lupa untuk menziarahi pusara bapanya.

Meskipun sudah 23 tahun bapanya, Mustapha Yahya meninggalkannya namun Ifa berkata doa sentiasa mengiringi arwah.

“Al Fatehah buat Arwah Abah setelah 23 tahun meninggal kami sekeluarga..

“Syukur Alhamdulillah Ifa tak pernah terlupa untuk mendoakan abah setiap kali solat dan Ifa pun sendiri mengerjakan umrah buat abah..

“Setiap kali sebelum datangnya Ramadhan atau Syawal insyallah Ifa pasti datang menziarahi & membersihkan pusara abah ..

“Semoga Roh Haji Mustapha Bin Haji Yahya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman..,” tulisnya.

Ifa berkongsi luahan rasa itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut kelihatan Ifa sedang berdoa dan berada di pusara bapanya.

Rata- rata pengikutnya mendoakan agar Ifa terus kuat dan turut sedekahkan al-Fatihah.

Al Fatehah buat Arwah Abah setelah 23 tahun meninggal kami sekeluarga.. Syukur Alhamdulillah ifa tak pernah terlupa utk mendoakan abah setiap kali solat dan ifa pun sendiri mengerjakan umrah buat abah..Setiap kali sebelum dtgnya Ramadhan atau Syawal insyallah ifa pasti dtg menziarahi & membersihkan pusara abah .. Semoga Roh Haji Mustapha Bin Haji Yahya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama dgn org2 yg beriman.. Aamin Ya Rabbal Alamin

A post shared by ? IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on