Advertorial

"Setiap Wanita Seharusnya Boleh Terlibat Dalam Sukan Tanpa Sebarang Kerisauan" - Yuna Nyata Kekesalan, Ini Pula Jawab Gimnas Negara, Farah Ann

gempak
Amri Hassan
18/02/2019
04:18 MYT
Sponsor Banner
"Setiap Wanita Seharusnya Boleh Terlibat Dalam Sukan Tanpa Sebarang Kerisauan" - Yuna Nyata Kekesalan, Ini Pula Jawab Gimnas Negara, Farah Ann
Sebagai respon terhadap berita awani yang melaporkan persepsi masyarakat tentang halangan yang dihadapi wanita dalam sukan, penyanyi terkenal, Yuna, turut meluahkan rasa kecewanya.
Dalam laporan tersebut, ada yang menyatakan, wanita bersara awal daripada bidang sukan setelah berkahwin kerana tidak menerima galakan daripada suami yang mahukan isteri memberi fokus kepada keluarga.
Ada juga yang berpendapat, sukan-sukan tertentu seperti rugbi dan bola lebih sesuai untuk lelaki kerana ia memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi.
Malah, lelaki juga dilihat berpotensi untuk lebih berjaya dalam sukan tertentu, seperti bola sepak, berbanding wanita kerana kurangnya minat daripada golongan wanita untuk menceburi bidang sukan tersebut.
Kata Yuna, setiap wanita seharusnya boleh terlibat dalam sukan tanpa sebarang kerisauan
“Farah Ann, adalah contoh #wanitabesi terbaik yang tidak gentar untuk menunjukkan kekuatan dan kecantikan dalam sukan”
"Kita bersama mendepani cabaran ini. Tunjukkan jalan mudah untuk wanita tampilkan kekuatan mereka. Teruskan sokongan untuk wanita kekal dalam sukan”
Posting Yuna di laman sosial Facebooknya itu mendapat respons dan sokongan daripada gimnas negara, Farah Ann.
"sangat setuju @yunamusic " balasnya.
“sebagai atlet kebangsaan, ini bukanlah berita baru bagi saya”
“walau bagaimana pun, saya gembira kita bercakap tentang isu-isua wanita dalam sukan”
“Saya benar mengharapkan untuk melihat lebih ramai wanita dalam sukan, semoga penglibatan saya menjadi inspirasi kepaada wanita lain di Malaysia.
Ada yang melihat penglibatan dalam bidang sukan lebih sinonim dengan sifat kasar dan maskulin, tetapi inilah persepsi yang ingin diubah oleh kedua dua bintang negara, Yuna dan Farah. Bersukan sememangnya menjadikan wanita lebih kuat, dan kekuatan yang sama juga mampu menyerlah kecantikan yang sebenarnya.
Kuat dan cantik ,luar dalam, adalah definisi sebenar wanita besi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live