VIRAL
"Sewaktu Berumur 9 Tahun, Saya..." - Pernah Mencuri Makan Biskut Ikan, Tindakan Remaja Ini Dapat Pujian Netizen!
Tindakan seorang remaja berusia 15 tahun mengakui kesalahannya yang pernah mencuri makan biskut ikan di sebuah pasar raya menjadi bualan netizen.
Tidak hanya mengaku silap, remaja itu juga memberikan wang sebanyak RM30 untuk membayar biskut yang telah dimakan olehnya.
Pendedahan ini dilakukan oleh seorang pengguna Twitter bernama Camelia yang bekerja di pasar raya terbabit.
"Lama aku kerja Giant ni susah nak dapat customer yang jujur macam ni," tulisnya yang menggunakan nama @Cameliamalik26 di laman Twitter.
Camelia memuat naik foto surat yang dihantar oleh remaja tersebut serta wang berjumlah RM30.Lama aq keje giant ni susah nak dpt cust yg jujur mcm nii...?? pic.twitter.com/GoVo9AUUwZ— Camelia (@Cameliamalik26) October 8, 2019
"Hai Assalamualaikum Giant. Di sini saya sertakan duit cash RM30. Sewaktu saya berumur sembilan tahun, saya pernah mencuri makan biskut ikan yang berada di kawasan asam, biskut dan kacang layan diri.
"Maksud saya layan diri kemudian timbang dan seterusnya ke kaunter untuk membuat pembayaran. Saya mencuri-curi makan biskut ikan bukan sekali dua, malah sepanjang saya sekolah rendah lagi setiap kali saya pergi ke Giant Shah Alam.
"Kini saya berumur 15 tahun, saya sedar saya makan dari sumber yang haram kerana tidak membayarnya. Jadi memohon 1,000 maaf untuk kesilapan saya ini. Tetapi saya curi-curi makan bukanlah satu genggam tetapi tiga biji watau bawah tujuh biji sahaja.
"Silalah terima ganti rugi saya ini sebanyak RM30. Jika terlebih, it's okay saya halalkan. Maaf kerana tidak dapat face to face sebab saya sudah berpindah ke Terengganu. Terima kasih," tulis remaja itu panjang lebar dalam surat terbabit.
Entri Camelia mencuri perhatian ramai dan menerima lebih 13,000 ulang kicau bersama hampir 11,000 tanda suka dari pengguna Twitter.
Rata-rata netizen memuji tindakan jujur remaja itu dan berbangga dengan keberanian yang ditonjolkan olehnya.
Berikut merupakan antara respon warganet di laman Twitter:
Semoga adik ni dimurahkan rezeki sbb jujur? btw comel biskut ikan tu?— ????? ??????? (@AfifahIylia) October 8, 2019
Wow! So proud of this Adik! ?— Sampah (@AznieRshid) October 8, 2019
Mesti baru lepas kelas pai, ustaz sebut pasal makan benda tak bayar. Terus gelisah. Bagus ini anak— remy (@_rahimihalim) October 9, 2019
Makpak dia bagi didikan yg bagus— F (@Faatir_azzem) October 9, 2019
ni kalau mak bapak dia tahu mesti bangga ada anak jujur— ken (@ashiken_) October 9, 2019
MasyaAllah.. Semoga adik terus Istiqomah.. Alhamdulillah besar rahmatnya dik..mmg patut dipuji sikap adik biskut ikan ini.. MasyaAllah ??— NinaEryna (@be_nice_always) October 9, 2019
Nmpk mcm lawak..tp kt situla nk tgok mahalnya sebuah akhlak mulia(kejujuran) yg kian terhakis di akhir zaman ni..— Syafiqa Mohsen (@Sundus80776681) October 9, 2019
Kredit foto: Twitter Camelia, NASTAS (foto hiasan)Comel je lukis biskut tu hahahahahah— AF (@aweyfzri) October 9, 2019
Must-Watch Video