Skip to main content

Berita Tempatan

Shaf Naufas Masih Tahu Batas, Mengaku Serumah Dengan Kawan Wanita Tapi Bukan Sebilik! - "Saya Cuma Nak Pinjam ..."

whatsapp-image-2024-11-28-at-12-35-54-pm.jpeg

Pempengaruh media sosial Shaf Naufas menegaskan masih tahu batas pergaulan dan agama apabila didakwa tinggal sebilik dengan pempengaruh wanita Shaniena Natasya ketika bercuti di luar negara baru-baru ini.
 

Jelasnya, percutian mereka pada waktu itu turut disertai pembantu peribadi Shaniena.
 
Malah, kata Shaf, suami Shaniena, Choudhry Wasim, juga mengetahui mengenai percutian itu.
 

 
"Kami memang serumah. Tapi tidak sebilik. Rumah itu ada tiga. Tak mungkin bercuti di London nak ambil sorang sebilik. Mahal!," katanya.
 
Bagaimanapun, Shaf memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya itu.

 
"Sekali lagi saya mengaku masuk bilik Shaniena. Tapi kami tidak sebilik.

 
"Saya minta maaf pada semua. Ini khilaf saya,katanya.
 
Shaf dan Shaniena sebelum ini teruk dikecam oleh netizen yang mendakwa mereka tidak menjaga batas pergaulan semasa percutian tersebut apabila dilihat berada dalam bilik yang sama.

Must-Watch Video

Advertisement