VIRAL
Shah Hazvee Tayang Dada, Netizen Suruh Pakai ‘Push-Up Br*’!
Pelakon Monalisa, Shah Hazvee menerima pelbagai komen daripada netizen selepas memuat naik foto di lama sosial Instagram (IG)nya, semalam.
Foto yang mendedahkan bahagian dada tersebut telah menampakkan sebahagian daripada payudara Shah Hazvee dan membuka ruang kepada netizen untuk ‘membawang’.
Shah Hazvee bagaimanapun tidak melenting dengan usikan nakal netizen di ruangan komen, sebaliknya membalas tulisan mereka dengan mesra.
Ada pengikut yang bertanya kepada Shah Hazlee tentang bahagian dada yang terdedah itu lemak atau otot.
Lebih nakal lagi, ada juga pengikut yang meminta Shah Hazvee memakai ‘push up bra’ dan menggunakan teknik editing supaya bahagian badan yang terdedah itu nampak lebih sempurna.
Walaupun Shah Hazvee membalas komen-komen di IG, dia turut memuat naik foto di ruangan ‘IG Story’ dan membuktikan bahagian yang terdedah tersebut bukanlah lemak, tetapi otot.
“Buat apa nak edit kalau boleh buat sendiri,” tulisnya di ruangan tersebut pada foto yang menampakkan bahagian dadanya.
*Foto dari hangat.com*


Must-Watch Video