Berita

Shah Rukh Khan Buat Kemunculan Di Beijing

Syafiqah Jalal
05/04/2019
10:39 MYT
Bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan bakal membuat kemunculan di Beijing, China.
Menurut laporan Awani, filem lakonan beliau, Zero akan ditayangkan pada majlis penutup Festival Filem Beijing yang akan berlangsung dari 13 hingga 20 April depan.
Diarahkan oleh Aanand L.Rai, filem Zero merupakan filem termahal lakonan Shah Rukh Khan dan ditayangkan pada Disember lepas.
Ia mengisahkan Bauua Singh lakonan Khan, seorang lelaki kerdil yang terlibat dengan cinta tiga segi antara serorang pelakon terkenal lakonan Katrina Kaif dan seorang saintis yang merupakan pesakit cerebral palsy lakonan Anuhska Sharma.
Sejak ditayangkan Disember lalu, filem ini mencatatkan kutipan lebih US$27 juta.
Filem lain yang menjadi tumpuan di festival filem itu nanti ialah filem kerjasama China dan Kazakstan iaitu The Composer.
Diarahkan pengarah Kazakhstan, Xirzar Yahup, The Composer memaparkan kisah komposer China yang terperangkap di Almaty pada tahun 1940-an dan menjalinkan persahabatan dengan komposer Kazakh.
Turut ditayangkan di festival filem itu nanti ialah kesemua siri filem Bourne dan Mad Max serta filem arahan Alfonso Cuaron, Gravity.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Selepas Hampir Sebulan, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

gempak
25/07/2024
01:30 MYT
Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Hiburan

Mila Jirin Berdepan Detik Cemas Di China, Kereta Berhenti Mengejut Di Highway Sebab Tayar Pecah! - “Kenderaan Berat Laju, Lori Trailer Hon”

gempak
23/07/2024
05:50 MYT
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin berdepan detik cemas apabila pemandu keretanya terpaksa menghentikan kenderaan yang dinaiki secara mengejut di pertengahan lebuh raya akibat tayar pecah.
Hiburan

Kenapa Kaya Sangat? Keluarga Ambani Bakal Langsungkan Majlis Perkahwinan 'Crazy Rich Asians' Sebenar!

gempak
06/07/2024
16:24 MYT
Anant Ambani, 29, akan disatukan dengan teman wanitanya, Radhika Merchant, dalam sebuah majlis yang dilabel sebagai 'wedding of the year'.
Gaya Hidup

"Senaman Berat Waktu Malam Boleh Cetus Serangan Jantung" - Pakar

gempak
04/07/2024
13:50 MYT
Walaupun senaman amat digalakkan, namun senaman berat pada waktu malam boleh mengganggu kualiti tidur yang menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung bagi sesetengah individu.
Bollywood

Nawazuddin Siddiqui Dinilai Paling Hodoh, Tidak Layak Jadi Bintang Bollywood

gempak
03/07/2024
13:55 MYT
Nawazuddin Siddiqui dikenali sebagai aktor Hindi yang cukup berkaliber dengan lapan daripada filem lakonannya pernah ditayangkan di Festival Filem Cannes.