HIBURAN
Shahidan Izwan Sah Bernikah, Peminat Dari Indonesia Patah Hati Sangka Masih Solo - “Tiba-Tiba Udah Sah”
Pelakon Shahidan Izwan sah bergelar suami kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Momoy Rahman dalam satu majlis yang berlangsung hujung minggu lalu.
Menerusi perkongsian di media sosial, Shahidan berkongsi momen-momen majlis pernikahannya bersama Momoy yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat.
Dengan sekali lafaz, Momoy atau nama sebenarnya Fatin Atiqah Abdul Rahman sah menjadi milik Shahidan.
Momoy menerima mas kahwin seutas gelang emas tunai.
Dalam satu majlis serba putih itu, pelakon drama Bukan Cinta Sempurna itu meluahkan rasa syukur diijab kabul bersama pasangan pilihan hatinya.
“Aku berdoa diberikan kebahagian dan Allah kurniakan kamu,” tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut membanjiri ruangan komen dengan memberi ucapan tahniah dan selamat pengantin baharu kepada Shahidan dan pasangan.
Difahamkan, majlis resepsi pasangan itu bakal diadakan pada bulan Mei depan.
Untuk info, Shahidan juga turut terkena tempias populariti sahabatnya iaitu pempengaruh Aisar Khaled sebelum ini apabila digelar Abang Botak CCTV oleh warganet Indonesia.