Hiburan
Shahrol Shiro Hantar Video Bukti Berita Meninggal Dunia Palsu
Pelawak Shahrol Shiro meminta para peminat tidak mempercayai spekulasi mengenai berita kematiannya yang tersebar di laman sosial.
Berita mengenai kematian Shahrol itu telah ditulis sebuah blog sejak Selasa (semalam).
Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 31, kini berada di sebuah pusat perubatan swasta di Johor Bahru kerana masalah sinus.
Menurut Shahrol, dia sudah seminggu ditahan di wad hospital berkenaan dan bakal menjalani pembedahan esok (Khamis).
Pelawak tersebut juga telah menghantar sebuah video kepada Astro Gempak dan memberitahu dia berada dalam keadaan sihat walafiat.
Shahrol yang juga penyampai radio Era FM sebelum ini, telah memuat naik sekeping gambar pada akaun Instagram miliknya awal pagi tadi memaklumkan terpaksa berehat daripada aktiviti seni minggu ini kerana masalah kesihatan.
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Must-Watch Video