,
Laman Utama

Shahrulezad Positif COVID-19, Minta Kontak Rapat Lakukan Ujian Di Klinik Berhampiran

Asraf Aided
02/11/2021
07:42 MYT
Penerbit, pengarah dan penulis skrip, Shahrulezad Mohameddin memaklumkan dirinya disahkan positif wabak COVID-19.
Menurut Shahrulezad, dia telah menjalankan ujian calitan COVID-19 di sebuah klinik sebelum ini dan mendapat keputusan negatif.
Namun pada ujian kedua, hasil ujian menunjukkan dia positif wabak berkenaan.
"Minggu lepas ada seorang staf saya demam dan saya menyuruhnya lakukan ujian air liur/ antigen. Hasil ujian negatif, disebabkan itu kami ingat dia hanya viral fever biasa saja. So kami buat kerja macam biasa keluar masuk office jumpa orang nak settlekan beberapa projek drama yang bergerak serentak.
"Tapi sesuatu berlaku beberapa hari lepas bila tiba-tiba salah seorang pengurus produksi demam juga dan dia banyak habiskan masa bersama staf saya ini untuk siapkan kerja. Masa ini saya dah mula tak sedap hati dan suruh terus buat RPK test atau PCR test, hasilnya dua dua positif!
"Bila dah tahu positif saya dan Fazli Hj Baharom terus bergegas buat RPK test kat klinik bawah office kitorang, result masa tu dua dua negatif. Saya take over kerja dua staf yang positif itu.
"Cuma nak dijadikan cerita saya yang negatif pada awalnya ini tiba-tiba rasa tak sedap badan sejak semalam lagi. Telan actifast pun demam macam tu juga, dan hari ini sebelum masuk office dan turun set saya buat sekali lagi RPK test dan Alhamdululillah rupanya positif," kongsinya di Instagram.
Justeru, Shahrulezad menasihati orang ramai untuk terus membuat pemeriksaan doktor jika mengalami masalah kesihatan atau gejala berkaitan.
"So guys hati-hati okay, badan tak sedap je terus ke klinik, jangan makan ubat apa kejadah, terus serah lubang hidung korang pada doktor untuk diperiksa," tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen entri tersebut, rata-rata pengikut Shahrulezad dan penggiat industri mendoakan kesembuhan yang cepat buatnya.
Sementara dalam entri berlainan, Shahrulezad meminta sesiapa yang ada berhubung dengannya dalam tempoh empat hari kebelakangan ini untuk melakukan pemeriksaan di klinik berhampiran.
Selain itu, produksi drama Khilaf Asmara yang menjalankan penggambaran sebelum ini juga dihentikan sementara waktu bagi tujuan kuarantin beberapa staf dan Shahrulezad sendiri.
***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

Nadhir Nasar Simpan Impian, Mahu Arahkan Filem Box Office

gempak
14/08/2024
09:55 MYT
Pelakon, Nadhir Nasar mengakui kerjayanya dalam bidang seni sebagai pelakon masih belum cukup untuk memuaskan hatinya berada dalam industri seni hiburan.
Hiburan

Sofyank Rancang Mahu Buka Syarikat Produksi Sendiri

gempak
02/08/2024
13:55 MYT
Pemenang Anugerah Wall Of Fame Gempak Most Wanted 2022, Sofyank merancang untuk membuka syarikat produksinya sendiri yang menumpukan sepenuhnya kepada teknik kesan visual khas (VFX).
Hiburan

Guna Mayat Sebenar Dalam Penggambaran, Pierre Andre Kongsi Kisah Mistik – “Katanya Ada Roh Yang Tak Tenteram Ikut Balik”

gempak
30/07/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengarah Pierre Andre berkongsi pihak produksi dalam filem terbaharu arahannya yang berjudul Paradoks menggunakan mayat sebenar bagi tujuan penggambaran.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Unitar