Laman Utama

Shahrulezad Reda Cina Buta Ditangguhkan Lagi, Ingat Kata Nad Zainal - "Dia Pernah Cakap..."

gempak
Syafiqah Jalal
23/11/2022
22:33 MYT
Sponsor Banner
Shahrulezad Reda Cina Buta Ditangguhkan Lagi, Ingat Kata Nad Zainal - "Dia Pernah Cakap..."
Pengarah Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat reda apabila drama Cina Buta yang sepatutnya ditayangkan esok telah ditangguhkan buat kali kedua tayangannya oleh pihak Astro.
Menurut Ijat dia berasa serba salah dengan situasi sekarang malah lebih mengutamakan kesihatan Nad Zainal yang kini dilaporkan masih kritikal di unit rawatan rapi (ICU).
"Kalau tanya saya secara peribadi, saya lega bila tayangan ni ditangguhkan sebab frankly speaking berdepan dengan keadaan Nad macam ni...Hati saya jadi luluh... saya jadi serba salah nak promote drama ni.
"Tapi kalau tak promote tak boleh jugak. Jadi keputusan Astro menangguhkan tayangan ni saya anggap is a blessing in disguise jugak lah," katanya kepada Astro Gempak.
Ijat dihubungi Astro Gempak selepas Astro mengumumkan penangguhan drama arahannya itu.
Bagaimana pun waktu tayangan itu digantikan dengan drama Dia Yang Ku Jadikan Suami.
Beritahu Ijat lagi, buat masa ini dia mahu fokus akan kesihatan Nad meskipun pelakon utama itu pernah menzahirkan keterujaannya terhadap drama berkenaan.
"Fokus saya buat sementara waktu ni ialah kesihatan Nad Zainal. Saya harap peminat drama Radiusone faham situasi ini.
"Lagipun Nad pernah cakap dia tak sabar sangat nak tengok drama Cina Buta ni bersama sama peminat dan kita semua.
"She’s really looking forward this experience," ujarnya.
Drama itu ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
"Jadi biarlah keadaan reda sikit. Dia makin pulih then Astro akan reschedule tarikh baru untuk tayangan ini.
"Pasti akan hikmah tersembunyi kenapa drama ni tertangguh tayangannya sebanyak dua kali. Sama sama lah kita doakan Nad," harapnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live