gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Terdetik Rasa Nak Buka Tudung, Tapi Kilafairy Masih Ingat Allah - "Iman Turun Naik, Biasalah Manusia”
HIBURAN
Along Cham Dakwa Afreena Bersekedudukan Dengan Bekas Suami Kedua, Serah Bukti Rakaman Audio
HIBURAN
Ada Sebab Elliza Razak Terpaksa Dedah Isu Hutang Bekas Suami - “Tolong Cuci Taik Awak!”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Shahz Jaszle Hargai Pengorbanan Isteri - “Dia Cantik, Cukup Sempurna & Syukur Saya Miliki Wife Terbaik”

Mya Amri
Mya Amri
19/10/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Shahz Jaszle Hargai Pengorbanan Isteri - “Dia Cantik, Cukup Sempurna & Syukur Saya Miliki Wife Terbaik”
Pelakon, Shahz Jaszle akui sangat menghargai pengorbanan isterinya, Nur Hanis Husna dalam menguruskan rumah tangga dan juga kerjayanya.

Isteri faham kerjaya

Malah kata Shahz, dia juga bersyukur kerana isterinya amat memahami kerjayanya sebagai pelakon.

“Saya rasa sangat bersyukur dan saya tak rasa akan dapat lagi wanita seperti dia.

“Bila dia buat begitu, semangat saya untuk berusaha mencari nafkah buat keluarga menjadi semakin kuat,” ujarnya.
Shahz berkata demikian ketika ditemui dalam majlis sidang media drama Senyawa di Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hargai pengorbanan isteri

Mengulas mengenai kerjaya seninya, Shahz berkata walaupun sering bergandingan dengan pelakon jelita namun tidak ada yang dapat menandingi kesempurnaan isterinya.

“Orang selalu cakap bila kita sering berlakon dengan pelakon yang cantik, adakah jadi tidak tergugat ke?

“Bagi saya, saya sudah mempunyai isteri yang terbaik. Isteri saya seorang yang cantik dan cukup sempurna.

“Malah saya sangat bersyukur kerana dia menjaga anak dan menguruskan segala hal. Jadi benar-benar menghargai isteri saya,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kelembutannya Boleh Buat Orang Salah Sangka” - Shah Jaszle Simpati Sophia Albarakbah Digelar Penyondol

ARTIKEL BERKAITAN:Turun 23 Kilogram Dalam Masa 23 Hari, Shahz Jaszle Amalkan Diet Berupa…

ARTIKEL BERKAITAN:"Makan 500 Kalori Je Sehari" - Turunkan Berat Badan, Shahz Jaszle Kembali Kurus Seperti Zaman Bujang!

ARTIKEL BERKAITAN:Sophia Albarakbah Risau Berganding Dengan Suami Orang, Puji Sikap Isteri Shahz Jaszle

Dalam perkembangan lain, Shahz akan muncul dengan drama terbaharu berjudul Senyawa yang sentuhan sutradara Eyra Rahman.
Senyawa akan bersiaran di penstriman iQiYi bermula 25 Oktober ini.
Selain Shahz, drama itu turut dibintangi Trisha Ooi, Siti Hariesa, Datin Nina Juren, Liang Chia, Aleza Shadan dan Heryanto Hassan.
Untuk rekod, Shahz mendirikan rumah tangga dengan Nur Hanis Husna pada 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alana Jasmeen, 9, Ayden Jasreen, 7 dan Aurora Jane yang kini berusia empat bulan.
Topic Berkaitan
#Shahz Jaszle
#Isteri
#Pengorbanan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement