Laman Utama
Turun 23 Kilogram Dalam Masa 23 Hari, Shahz Jaszle Amalkan Diet Berupa…
Atas tuntutan kerja, pelakon Shahz Jaszle menurunkan berat badan sebanyak 16 kilogram hanya dalam tempoh 23 hari sahaja.
Shahz menjelaskan, sejak Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak lama dahulu, berat badannya naik dengan mendadak sehingga 86 kilogram.
“Disebabkan kita duduk rumah sahaja, jadi memang asyik makan. Tambahan pula, saya ni memang gemar makan.
“Jadi bagi mengurangkan berat badan, saya amalkan pengambilan makanan pada jumlah 500 kalori sehari, iaitu bersamaan dengan lima biji telur rebus,” katanya yang mengawal jumlah pengambilan kalori setiap hari.
Menurut Shahz, dia menurunkan berat badan bagi memudahkan urusan kerjanya sebagai pelakon pada masa akan datang.
“Setiap kali sebarang produksi nak cadangkan nama saya kepada stesen televisyen, mereka akan bertanyakan saiz tubuh pada waktu berkenaan. Justeru, atas nasihat kawan-kawan saya ambil keputusan untuk berdiet.
“Kalau nak tahu, peminat pun macam dah tak kenal saya ketika tubuh saya berisi. Tapi sekarang alhamdulillah saya sudah mencapai berat ideal,” katanya yang turut bersyukur apabila masih diberi kepercayaan penerbit.
Dramatis berusia 34 tahun itu menambah, mengamalkan gaya hidup sihat dan menurunkan berat badan bukanlah satu hal yang mudah.
“Di rumah, isteri sering masak masakan yang sedap. Jadi, terpaksalah saya lawan keinginan untuk makan dah hadkan pengambilan kalori.
“Disebabkan kita dah terbiasa makan, dan kena pula kawal makanan, memang hal itu menyebabkan saya cepat moody. Tapi lama-lama saya okey dengan rutin baru,” katanya lagi.
Must-Watch Video