Laman Utama
Shakila Khoriri Kesal Dengan Ayat - “Fizi Kahwin Dengan Orang Yang Salah Ke?”
Pelakon Shakilla Khoriri kesal apabila penyampai Suria FM, Suraya Borhan mengeluarkan dialog berbunyi “Sebab Fizi kahwin dengan orang yang salah ke?” dalam segmen sketsa pagi bersama PU Azman.
Menurut Shakilla sebelum ini dia hanya mendiamkan diri meskipun ramai yang cuba menuding jari kepadanya dalam kisah rumah tangganya tetapi kini dia akui sudah tidak tahan lagi.
"Sebenarnya bukan satu, dua orang yang beritahu macam-macam dekat saya, tapi sebelum ini saya diam. Biarkan saja orang mempersenda dan campur tangan urusan peribadi saya.
"Saya biarkan bukan berhari-hari, malah berbulan-bulan orang menuding jari sana sini. Saya buat pekak telinga dan butakan mata kerana tak nak besarkan isu.
"Semakin saya cuba perbetulkan diri untuk jadi lebih baik, semakin orang galak pijak kepala. Saya bukanlah jenis yang mencari apatah lagi, nak siasat sampai ke lubang cacing pasal sesuatu kerana yakin Allah akan tunjuk pada saya apa sepatutnya saya tahu," katanya.
Shakila mendedahkan perkara itu di akaun Instagram miliknya.
Shakila mempersoalkan apakah tujuan penyampai itu berkata begitu dan harap dapat menerima penjelasan daripada pihak radio berkenaan.
"Mungkin dari penyampaian tuan badan atau dari gerak rasa sendiri. Kisah saya dah berakhir. Dan saya secara peribadi tidak menyalahkan pasangan saya. Tapi jangan cuba buat saya untuk sentuh apa yang tak sepatutnya dan akan membuka aib sesiapa. Cukup.
"Saya tak boleh nak komen panjang pasal isu ini. Mungkin Suria Malaysia boleh buat perbincangan kecil dengan penyampai berkenaan. Atau mungkin boleh terangkan maksud penyampai terbabit," katanya.
Justeru, Shakila menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil Tindakan selanjutnya.
"Saya harap ini yang terakhir sebab saya takkan teragak-agak untuk ambil tindakan dari percakapan yang tiada tapisan dan berunsur fitnah atau memalukan," katanya.
Shakilla berkahwin dengan Fizi pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia kini berusia dua tahun.
Pasangan itu bercerai pada hujung tahun lalu.
Must-Watch Video