"Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang kan?" demikian kata-kata cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mengulas mengenai kontroversi mulut lancang seorang usahawan kosmetik wanita.
Berkongsi sekeping foto seorang wanita yang ditampal plaster pada bahagian mata, ulas Fazley kekecohan yang berlaku sejak beberapa hari ini tidak akan tercetus seandainya berpegang pada adab orang timur yang mementingkan tatasusila dan hormat antara satu sama lain.
"Sesetengah dari kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan
"Sebahagian dari kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata-kata yang boleh merosakkan imej seseorang.
"Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki. Elokkah jika dijadikan contoh anak-anak muda yang baru nak belajar menjadi usahawan?
"Kita orang timur, kita seharusnya kekal dengan rasa hormat dan matang di dalam semua keadaan tidak kira dengan sesiapa. Apatah lagi berhadapan dengan insan yang dihormati ramai, malahan mempunyai pelbagai lapisan pengikut," tambah Fazley.
Malah, Fazley menyifatkan tindakan usahawan kosmetik itu memalukan dan membuatkannya hilang rasa hormat.
"Shame on you! Maaf semakin hilang rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah-oleh semakin buat tabiat.
"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak livenya yang telah di screen capture buruk padahnya," ujarnya yang tidak menujukan status itu langsung kepada individu tertentu.
Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini.
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.
Amri Hassan
Thu Jan 27 2022

.jpg?ext=.jpg)
Seputar Selasa: Ellie Suriaty & Azri Bercerai Selepas 19 Tahun, Mira Filzah Tidur 1 Jam Je? Siapa GF Sufian Suhaimi? Lofa Takut Lipas?
Terlepas cerita hari ini?
.jpg?ext=.jpg)
Victoria Beckham Kata Trend Badan Kurus Sikap Kuno: “Wanita Sekarang Mahu ….”
Victoria Beckham yang terkenal dengan citarasa fesyen tinggi mengatakan sikap wanita moden yang menilai kecantikan sudah berubah.

Awal Nafi Langgar Palang Rumah, Hanya Tolak Pakai Tangan; “Saya Bukan Iron Man”
Langgar ke tolak pagar?

Kaki Karok Memang Patut Tonton Karaoke Superstar, Confirm Menggamit Kalbu! Ada Zamani, Nash, Ameng Spring, Rahmat Mega
Kaki karok confirm suka!

Tom Holland Pernah Rasa Lakonan Teruk? Ini 5 Fakta Menarik Uncharted!
Sewa & strim sekarang!

Ruhainies Tak Mahu Jaja Kisah Mr E Lagi - "Biar Saya & Keluarga Saja Yang Tahu"
Ruhainies nak fokus kerjaya.

“VVIP Makan Tepi Jalan?”- Layan Laksa Kampung Baru, Datin Paduka Eina Azman Dipuji Ramai! Humble Betul!
Eina juga tanpa berkira terus memberi...

Yuna Sedih Anak Saudara 17 bulan Meninggal Akibat Covid-19 Selepas 12 Jam Bertarung Nyawa
Innalilah...

“Maki-Maki Lepas Tu Minta Maaf Pada Saya” - Penangan Datin Mona, IG Ziema Din Pernah Kena Serang
Memang betul-betul buat orang benci Datin Mona ni.

Awal Ashaari Didakwa Lakukan Khianat Rosakkan Palang Pagar
Pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Selasa terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.