gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Guang, Sepet Antara Filem Ditayang Semula Di Festival Filem China-Malaysia
BERITA
Bekas Puteri Jepun, Mako, Selamat Lahirkan Anak Sulung
HIBURAN
Ikmal Amry Kongsi Cara Kekalkan Keharmonian Rumah Tangga - “ Jangan Bagi Ada Ruang Untuk Dia Fikir Bukan-Bukan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Shaniena Natasya Menangis Baca Komen Netizen Doa Tak Baik Untuk Kandungannya - “Saya Tak Stres Cuma…”

gempak
Asyikin Mayudin
30/05/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Shaniena Natasya Menangis Baca Komen Netizen Doa Tak Baik Untuk Kandungannya - “Saya Tak Stres Cuma…”
Pempengaruh Sheniena Natasya tidak dapat menahan rasa sebak apabila terdapat segelintir netizen yang tergamak meninggalkan komen negatif terhadap kandungannya.

Doa tak baik

Menerusi perkongsian di TikTok, Shaniena dilihat menangis ketika berkongsi komen daripada seorang individu yang mendoakan sesuatu yang buruk berlaku kepada cahaya matanya.
“Harap anak dia ada masalah masa lahir,” tulis individu itu.
Shaniena atau lebih dikenali sebagai Niena memberitahu dia tidak kisah orang mahu berkata-kata mengenai dirinya namun tidak perlu sampai mendoakan perkara tidak baik.
“Saya dah tak mampu nak cakap. Biarlah orang kata kita, kita jangan kata balik..tapi makin melampau ya. Nak kata tak apa, tapi janganlah doa yang tak baik.

“Jangan risau, saya tak stres pun cuma terkejut, kenapa manusia jadi begitu kejam? Mereka tak takut ke yang buruk tu akan berbalik kepada mereka?

“Saya harap ibu-ibu lain tidak mengalami perkara yang sama,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan individu tersebut yang disifatkan melampaui batas.
Dalam masa yang sama, mereka turut menasihati Shaniena supaya mengabaikan kata-kata negatif seperti itu dan tidak terlalu berkongsi tentang kehidupannya di media sosial.
Terdahulu, Shaniena berkongsi berita gembira dengan memaklumkan dirinya bakal menimang cahaya mata selepas setahun menanti zuriat pertama.
Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei 2023.
@shanienanatasyaaa Replying to @Razmanin NARF ♬ Sampai Jadi Debu (Menampilkan Gardika Gigih) - Banda Neira
Topic Berkaitan
#Netizen
#Baby
#Kandungan
#Shaniena Natasya
Must-Watch Video