Pelakon, Sharifah Amani mendedahkan dirinya kini hamil.

Amani berkongsi berita gembira itu menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Video tersebut merakamkan momen reaksi keluarga tersayang dan rakan-rakan akrab Amani sebaik sahaja mendapat perkhabaran gembira itu.

“Syukur alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Malah, menerusi video itu juga kelihatan Amani menunjukkan bahagian perutnya yang semakin membesar atau baby bump.

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani)

Hantaran itu juga kemudiannya dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.

Antaranya Alif Satar, Nadia Aqilah, Raja Ilya, Dynas Mokhtar, Sazzy Falak dan Haiza Hanafi.

Terdahulu, Amani mendirikan rumah tangga bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Impact Integrated iaitu Ahmed Faris Amir pada 10 September 2022.

BERITA TRENDING: Sharifah Amani, Ahmed Faris Selamat Bernikah

Perkenalan Amani dan Ahmed Faris bermula sebagai rakan sekerja apabila dia dilantik sebagai Lembaga Pemegang Amanah di syarikat suaminya.

BACA:
"Dia Seorang Yang Bijak & Lucu" - Sharifah Amani Bakal Dedah Identiti Tunang Selepas Nikah