HIBURAN
Sharifah Shahirah Sertai Falyq & Hefny Di Konti SINAR! - "Dengan Karakter Spontan & 'Masuk Air' Dia, Confirm Tak Boring"
Radio SINAR kini tampil lebih segar dan berwarna-warni! Siapa sangka, personaliti serba boleh Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan nama Shiera, kini sah menyertai gandingan mantap Falyq dan Hefny dalam segmen petang paling happening – TRIO PETANG SINAR!
Bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 3 petang hingga 7 malam, kemunculan Shiera pastinya menjanjikan lebih gelak tawa, bual bicara yang mencuit hati dan info semasa yang santai tapi sampai.
Kata Pengurus Jenama SINAR, Zureen Affendi, Shiera bukan calang-calang individu dan mampu memberikan nafas baharu untuk segmen petang SINAR.
"Kak Shiera ni bukan calang-calang.
"Pengalaman dia dalam dunia radio memang luar biasa. Kami yakin dia mampu beri nafas baru untuk segmen petang. Tambah pula dengan karakter spontan dan ‘masuk air’ dia, confirm pendengar tak boring!" ujarnya.
Menariknya, ini bukan kali pertama SINAR gandingkan selebriti hebat untuk segmen petang. Sebelum ini, Erra Fazira pernah jadi penyeri. Tapi kali ini, dengan aura ‘gila-gila’ Shiera, harapannya adalah untuk membawa satu "female touch" yang kuat dan menyerlah dalam TRIO PETANG.
Difahamkan, tawaran pertama dari SINAR pernah ditolak oleh Kak Shiera, tapi akhirnya pada penghujung tahun lalu, beliau berubah hati dan mahukan sesuatu yang baru dalam kerjayanya.
“Saya nak cuba sesuatu yang fresh! Dah lama tak ‘berkonti’ dan inilah peluang nak kembali bagi ‘angin baru’,” kata Shiera.
Selain mengendalikan segmen radio, Shiera juga akan turun padang menyertai pelbagai aktiviti bersama SINAR termasuk dalam kandungan video untuk platform Instagram, TikTok dan media sosial lain.
“Ini masa terbaik untuk saya kembangkan idea dan tenaga saya di SINAR. Harapnya pendengar enjoy dan sokong gandingan kami bertiga,” tambah Shiera.
Gandingan trio ini Shiera, Falyq dan Hefny bukan sahaja menjanjikan hiburan, tapi juga bakal jadi pengubat stress petang korang. Nak hilangkan penat kerja? On je SINAR dari 3 hingga 7 petang!
Must-Watch Video