Nama kekasih gelap pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine seakan-akan tidak lekang daripada disebut dalam industri hiburan tanah air ketika ini.

Membongkarkan skandal satu per satu selebriti-selebriti yang pernah bersamanya, Sarah Yasmine seolah-olah mengenali ramai artis di negara ini.

Kenal Sarah Menerusi Anna Jobling

Pernah bertemu wanita tersebut, pelakon Amir Ahnaf mengakui mengenali Sarah menerusi majlis CelebFest yang berlangsung pada bulan Ramadan baru-baru ini.

“Saya masa tu dekat CelebFest, tiga hari di sana, kebetulan booth saya tu sebelah dengan Anna Jobling. Seperti yang kita tahu Sarah ni berkawan dengan Anna.

“Amir selalu lepak belakang booth Amir. Lepak makan dan mereka ada dekat sebelah, jadi kami lepak bersama. Dia (Sarah) banyak gila tolong angkat barang semua, dia orang yang baik,” ujarnya.

Hanya Sekadar Kawan Biasa

Sementara itu, pelakon drama Project: High Council itu ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersempena filem Harimau Malaya dan Terkutuk di Hotel Le Meridien, di sini, menegaskan bahawa dirinya hanyalah sekadar kenalan biasa dan tidak ada berhubung dengan Sarah selepas tamatnya acara CelebFest tersebut.

“Lepas event memang tak ada berhubung. Kami kenal dekat situ sahaja, hanya sekadar makan sama-sama, duduk sama-sama.

“Selepas itu tak ada apa-apa dah. Memang kami tak ada berhubung. Tapi Sarah memang orang yang baik sebab dia selalu tolong kami dekat booth tu,” katanya.

Sekadar info, Amir Ahnaf bakal membintangi filem spin-off daripada drama Project: High Council iaitu Project: Kahar terbitan Astro yang bakal ditayangkan pada tahun ini.

BERITA TRENDING: “No Comment..” - Meerqeen Tak Mahu Ulas Panjang Tentang Sarah Yasmine

BERITA TRENDING: Netizen Lega Sarah Yasmine Tak Kenal Nadhir Nasar - “Alhamdulillah Nadhir Clean"