Suami kepada pelakon Sheera Iskandar, Mohd Halim Abdul Gani mengucapkan rasa syukur selepas isterinya selamat bersalin anak sulung.

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi satu posting beserta foto di akaun Instagram Sheera.

Walaupun Sheera bersalin pada Ahad namun pasangan ini mengambil keputusan untuk berkongsi momen terindah itu baru-baru ini.

“Bismillah, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Allah Maha Esa. Isteri saya, Sheera selamat melahirkan puteri kami, pada jam 7.31 malam, Ahad lalu,” tulis Halim.

“Jutaan terima kasih atas doa dan ucapan, terutamanya buat para petugas di PPUKM (Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia) kerana telah menjaga anak dan isteri saya dengan baik,” ucapnya.

A post shared by Tengku Sheera Tengku Iskandar (@sheeraiskandar)

Terdahulu, Sheera yang juga merupakan pelakon drama bersiri popular Gerak Khas ini mendirikan rumah tangga bersama Halim pada tanggal Mei lalu.

Sheera sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015 namun jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada hujung tahun 2018.