Penyanyi popular, Datuk Sheila Majid berkongsi kegembiraan tentang majlis pertunangan anak keduanya, Megat Abdul Rahman Majid Aziz yang berlangsung semalam.

Berita gembira itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

Dalam entri tersebut, Sheila berkongsi beberapa foto yang diambil sekitar majlis tersebut.

Pada masa yang sama, pelantun lagu Sinaran ini turut menggambarkan majlis pertunangan itu sebagai penutup tahun yang menggembirakan untuk dirinya dan keluarga.

"Akhirnya, penutupan yang gembira untuk tahun ini," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Sheila juga menulis beberapa tanda pagar (hashtag) seperti berikut,

#engagement #alhamdulillah #happymum #megatalia #21122020

Perkongsian itu menarik perhatian ramai pengikut Sheila termasuk beberapa rakan industri seperti Krisdayanti, Fazura, Anuar Zain dan Elaine Daly yang menulis komen ucapan tahniah.

A post shared by missmajid (@missmajid)


Megat merupakan anak kedua Sheila hasil perkahwinan pertamanya bersama penerbit, Roslan Aziz.

Menerusi perkahwinan kedua bersama pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim atau Acis, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen, 16, dan Khalefa Laila Murshim, 14.