,
Filem

#Sheriff: Raih RM22.1 Juta Dalam 7 Hari Tayangan Rasmi, Netizen Ucap Tahniah! - “Filem Paling Best 2024!”

Mya Amri
25/04/2024
08:05 MYT
Filem aksi thriller terbitan Skop Productions dan Astro Shaw, Sheriff terus mendominasi pawagam-pawagam seluruh negara dengan meraih kutipan sebanyak RM22.1 juta dalam tempoh 7 hari tayangan rasmi.
Penerbit Eksekutif Sheriff dan juga Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad melahirkan rasa syukur atas sambutan memberangsangkan terhadap Sheriff.
“Alhamdullilah dan terima kasih penonton Sherifff yang telah memberikan reaksi luar biasa. Melihat respon penonton yang sudah menonton Sheriff di pawagam, rata-rata dapat menerima jalan cerita dengan ‘plot twist’ yang di luar jangkaan.
“Memasuki minggu kedua, segelintir penonton sudah mula ulang menonton Sheriff lebih tiga kali di pawagam.
“Kutipan RM22.1 juta meletakkan Sheriff sebagai filem tempatan nombor 1 tahun 2024.
“Sekiranya sambutan menggalakkan ini berterusan, insyaallah Sheriff akan mencipta sebuah lagi sejarah dengan meraih kutipan luar biasa.
“Kami mengharapkan penonton yang belum menyaksikan Sheriff tidak akan ketinggalan merasai ‘#DemamSheriff’ dan menikmati sebuah naskhah yang menjanjikan pengalaman berbeza,” ujarnya.

Demam Sheriff

Selain berada dalam mood #DemamSheriff, rata-rata netizen menyuarakan rasa puas hati dengan jalan cerita filem arahan Syafiq Yusof itu.
Sheriff dibintangi oleh Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.
Jangan lupa temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 27 dan 28 April.
SINOPSIS:
Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.
Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.
Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Very Classy, Demure, Mindful... Marsha Milan Kongsi Watak Sebagai Datin Azizah Dalam Don Dukun – “Agak Sukar Tapi..."

gempak
23/10/2024
11:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Marsha Milan berkongsi karakter yang dipegangnya iaitu Datin Azizah dalam filem Don Dukun.
Filem

Jadi Pegawai Polis, Penunggu Rimba… Dukun Pun Boleh! Ini 5 Filem Zul Ariffin Yang Wajib Anda Tonton

gempak
21/10/2024
11:55 MYT
Siapa yang tak kenal dengan aktor popular, Zul Ariffin. Sudahlah sasa, kacak pula. Memang pakej lengkap yang menjadi pujaan ramai.
Hiburan

Pertama Kali Bekerjasama, Zul Ariffin Kagum Dengan Bakat & Potensi Sofyank - “Industri Kita Perlu Lebih Ramai Orang Seperti Ini”

gempak
21/10/2024
09:55 MYT
Berpeluang bekerjasama dengan Sofyank, pelakon Zul Ariffin menganggap pencipta kandungan digital media sosial mampu pergi lebih jauh dalam bidang yang diceburi.
Filem

Zul Ariffin Buat Trend ‘Thank You Ketayki’ Bikin Netizen Pecah Perut, Pencetus Trend Siap Komen Lagi - “Garaunya Ketayki Ni”

gempak
16/10/2024
12:20 MYT
Aktor Zul Ariffin sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila membuat parodi ‘Thank You Ketayki’ baru-baru ini.
Hiburan

“Ini Semua Rezeki” - Syafiq Kyle Tak Rasa Kemenangan Dirampas, Bangga Dengan Aedy Ashraf

gempak
12/10/2024
09:25 MYT
“Saya tak rasa pun kemenangan itu dirampas sebab saya tak menang apa-apa pun,” begitulah respons pelakon Syafiq Kyle berkenaan kemenangan aktor Aedy Ashraf semasa Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) yang berlangsung pada Jumaat.
BorakSeeni