Filem

#Sheriff: Ramai Dah Tak Sabar! Tayangan Awal Bermula Hari Ini, Dapatkan Tiket Sekarang

Mya Amri
17/04/2024
14:30 MYT
Filem terbaharu arahan Syafiq Yusof berjudul Sheriff: Narko Integriti menjadi antara naskhah yang paling dinantikan penonton.
Lebih-lebih lagi apabila karya itu merupakan sentuhan Syafiq yang cukup dikenali dan dilabel sebagai ‘Raja Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia.
Perbezaan di antara naskhah Sheriff dengan filem kepolisan yang lain ialah subjek ‘polis tangkap polis’.
Sheriff menampilkan konsep baru yang jarang dipersembahkan dalam karya tempatan dipanggil ‘reverse whodunnit’ atau lebih dikenali sebagai ‘howcatchem’, sebuah konsep di mana penonton sudah tahu siapa pembunuh tetapi bagaimana dia akan ditangkap.
Selain plot yang menarik, Sheriff juga turut menampilkan pelakon hebat dengan babak aksi memukau di antara Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz dan Syafiq Kyle.
Malah kehadiran Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan sebagai anggota polis pulis juga turut memainkan peranan penting.
Filem aksi thriller terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini akan menemui penonton di pawagam Malaysia dan Singapura bermula 18 April.
Bagaimanapun, pembelian tiket filem Sheriff sudah boleh dibeli sejak 4 April dan peminat berpeluang untuk menonton sehari awal iaitu 17 April di pawagam.
Temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 20, 21, 27 dan 28 April.
Terdahulu, Sheriff merupakan filem keenam hasil daripada kerjasama bersama Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2, Abang Long Fadil 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila.

SINOPSIS:

Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.
Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.
Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

MIFFest 2024: Pertama Kali Jadi Juri, Zul Ariffin Teruja Belajar Dunia Perfileman - "Saya Pun Tak Sangka..."

gempak
22/07/2024
05:25 MYT
Pelakon kacak Zul Ariffin terharu dan teruja diberikan peluang untuk menjadi salah seorang daripada panel juri untuk Malaysia International Film Festival 2024 (MIFFest 2024) yang membuka tirainya pada Ahad.
goldmovie

#Gold: Gemuk & Kuruskan Diri Dalam Masa Singkat, Jack Tan Berusaha Keras Jayakan Watak Cheah Liek Hou

gempak
12/07/2024
12:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Jack Tan berkongsi perubahan bentuk badannya dalam menjayakan watak Cheah Liek Hou menerusi filem Gold.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.