Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad kini secara rasminya bakal menjadi penyampai radio ERA bermula 1 Mac ini.

Bakal mengendalikan segmen pagi bersama bersama Ray, Johan dan Hanif, nama JoHaRa kini ditukar kepada JoHaRaRy.

Berita itu diumumkan menerusi posting terbaharu di akaun rasmi ERA.je sebentar tadi.

“JoHaRaRy Pagi ERA: Ekstra Mantul! Lepas ni @raydapdap dah tak payah takut kalau kena bahan dengan @jozlynnhanania dan @haniff_hamzah.

“Perkenalkan back-up @raydapdap iaitu @sherry_alhadad yang akan join diorang bermula 1 MAC 2021 ini!” maklum posting berkenaan.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je)


Dalam masa yang sama, Johan, Haniff dan Ray juga turut menghebahkan perkara berkenaan menerusi segmen JoHaRa pagi ERA secara langsung sebentar tadi.

Dengan pendedahan tersebut maka berakhirlah teka-teki pendengar yang sabar menanti pengumuman itu sejak Ray memberikan hint mengenai ‘back up’ pilihannya minggu lalu.