,
Hiburan

Sherry Alhadad Terkesan Tiket ‘Flight’ Mahal Setiap Kali Raya - “Saya Sendiri Terasa, Apatah Lagi Mereka Yang…”

Asyikin Mayudin
09/04/2024
06:55 MYT
Meskipun bergelar selebriti, pengacara dan pelakon Sherry Alhadad mengakui dia berasa terkesan dengan harga tiket penerbangan yang mahal setiap kali tiba musim perayaan.
Malah Sherry berkata dia sendiri berasa terbeban dan terfikir bagaimanapun dengan nasib segelintir orang yang tak dapat pulang ke kampung disebabkan tidak berkemampuan.
"Saya masih terfikir-fikir nak balik kampung atau tidak, kampung saya di Sarawak. Tetapi bila tengok tiket macam ‘masya-Allah’ harganya. Mak saya dah hint saya suruh balik, insya-Allah akan balik.
"Mak saya berada di KL, tetapi saudara mara semua masih di Sarawak, jadi kami kena balik juga ke Kuching, Sarawak setiap kali raya.
"Saya selalu beli tiket dua termasuk mak saya punya, bila tengok terasa bebanan juga. Saya sendiri terasa apatah lagi mereka yang bergelar pelajar dan orang-orang yang kerja kais pagi makan pagi.
"Sedangkan Sarawak itu dalam Malaysia juga. Berdoalah khabar angin yang kata mahu kurangkan tambang penerbangan dosmetik itu benar-benar berlaku,” katanya.
Sherry berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Raya Astro 2024 yang diadakan di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Tiket Harga RM2,000 Seorang

Dalam masa sama, pelakon drama Khunsa itu berkongsi pengalamannya yang pernah membeli tiket berharga RM2,000 untuk seorang bagi perjalanan dua hala.
"Tetapi saya fikir positif sahaja, kerana raya setahun sekali. Balik ke kampung juga dapat memberikan kegembiraan untuk keluarga dan saudara mara,” ujarnya.

Tradisi Lawan Main Mercun

Sementara itu, disoal mengenai perbezaan sambutan raya di Sarawak dan semenanjung, Sherry berkata tradisi berlawan mercun antara kampung antara yang menjadi kelainan.
"Insya-Allah saya akan cuti tujuh hari di kampung. Kalau di sana hari pertama sampai hari ketujuh mesti kena pakai baju kurung. Wajib pakai baju kurung.
"Kalau cerita fasal perbezaan pula, orang Sarawak suka hias rumah mereka dengan lampu yang warna-warni. Jadinya malam raya akan pergi rumah ke rumah tengok rumah mana yang lampunya paling meriah.
"Selain itu, setiap kampung akan berlawan dentuman meriam dan bunga api. Ketiga, sudah pasti Sarawak terkenal dengan kuih lapis, jadi setiap rumah wajib hidang kuih lapis,” katanya.

BERITA TRENDING: Khunsa: “Nasib Baik Dia Tak Melatah” - Ketuk Kepala Azhan Rani, Sherry Alhadad Menggigil

BERITA TRENDING: Khunsa: Sherry Alhadad Tak Pernah Terfikir Berlakon Watak Mak Tiri Jahat! - "Agak Stress Sebenarnya"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Unitar