Seperti yang ramai sedia maklum, program All Together Now Malaysia (ATNMY) bakal menemui penonton pada 6 Jun ini.

Sherry Alhadad dipilih selaku pengacara dan menariknya, Sherry tidak bergandingan dengan mana-mana pengacara lain seperti dalam kebanyakan program sebelum ini.

Bagaimanapun, sudah tentu selebriti versatil ini tidak berseorangan dengan kehadiran 50 juri di hadapannya!

Malah, tenaga, bakat dan kebolehan Sherry sendiri sudah cukup untuk memeriahkan suasana.

Apa yang pasti, ATNMY menjanjikan kelainan kepada anda kerana ia menampilkan format pertandingan seperti All Together Now yang popular di negara-negara luar sebelum ini.

Peserta manakah yang akan bertuah? Sama-sama kita nantikan tidak lama lagi!

ATNMY akan ditayangkan pada setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria.

Ia juga boleh distrim di aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.