Finalis Gegar Vaganza 8 (GV8) Azan Scan teruja untuk berentap di pentas akhir yang akan bersiaran secara langsung pada Ahad.

Kata Azan, menerusi sesi latihan awal bersama Shiha (lagu duet Dilema) dan Adibah Noor (lagu battle Kami Rappers), segalanya berjalan lancar dan menghiburkan.

"Shiha ni budaknya kelakar. Tengok perangai dia tintong dan gila-gila jadi saya suka tapi ada karakter dan suara yang bagi. Saya tak suka bekerja dengan penyanyi diva sebab nanti kita rasa penat.

"Allah kurniakan kita bakat yang bagus kenapa nak menyombong dengan orang? Berapa lama kau boleh pakai suara kau tapi kalau attitude bagus sampai ke mati orang ingat.

"Jadi, sepanjang latihan dan bersembang dengan Shiha, okey bagus kita boleh tingtong atas stage. Dia happening," ujarnya kepada Gempak.

Azan akan menyanyikan lagu Dilema (Datuk Nora dan Vince AF) untuk pusingan duet dan Seribu Tahun Takkan Mungkin (Bumiputra Rockers) untuk aksi solo.

Sementara itu, untuk pusingan battle pula Azan digandingkan bersama Adibah Noor untuk menyanyikan lagu Kami Rappers (4U2C).

"Dengan Dibah, saya tak tahu macam mana nak rap dengan dia. Nampak cute. Mungkin akan ada surprise dan saya pun tak tahu kenapa dipasangkan dengan Dibah.

"Lagu rap sebenarnya untuk happening, kalau boleh deliver cantik okeylah, masing-masing ingat part masing-masing, tak berat sangat.

"FU2C pula bukan rap deep, cuma bercakap laju. Kalau biasa praktis hari-hari okey. Masa mula-mula dengar macam mana nak nyanyi ni macam perempuan membebel. Bila dia bebel, aku yo yo!" tambah Azan.

GV8 bakal melabuhkan tirai pada malam ini dan enam finalis bakal berentap untuk merebut gelaran juara. Siapa pilihan anda? Aliff Aziz, Aweera, Azan Scan, Adibah Noor, Suki Low atau Nikki Palikat?

GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.