Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, bersyukur kerana berjaya memiliki kereta pertama hasil titik peluh sendiri.

Menurut Shuhada atau lebih mesra dengan panggilan Shu ini menyatakan kejayaan itu mungkin dianggap biasa bagi orang lain namun tidak dirinya.

“Achivement unlock, my first car. Alhamdulillah salah satu impian saya tercapai pada tahun 2023. Shu cabar diri Shu untuk maju tahun lepas.

“Saya berjaya walaupun pada mulanya agak sukar. Keluarga saya, anak-anak, team saya banyak memberikan sokongan kepada saya untuk maju ke depan,” tulisnya dalam video pendek yang dikongsi di akaun Instagram miliknya.

BERITA TRENDING:Hafidz Roshdi Kahwin, Netizen Geram Dengan Athira - “Tergamak Eh Senyum Macam Tak Ada Apa”

Dalam hantaran terbaharu itu juga, Shu mendedahkan ketika bercerai dengan Hafidz dia langsung tidak mempunyai sebarang simpanan dalam akaun.

“Mungkin bagi orang lain biasa-biasa sahaja. Tapi bagi Shu, Shu dan cuba cabar diri untuk menjadi insan berbeza dan lebih baik pada tahu. 2023.

“Walaupun sebagai ibu tunggal. Diceraikan tanpa ada satu sen pun dalam akaun bank saya.

“Kita boleh menjadi apa sahaja yang kita mahukan selagi tidak berputus asa,” kongsinya.

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

BERITA TRENDING: "Allah Tunjukkan Saya Tak Berbohong" - Nurul Shuhada

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar berusia 4 tahun.

Hafidz dan Shuhada bagaimanapun sah bercerai pada 27 Julai tahun lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor menetapkan lafaz yang dibuat pada 22 Februari sebelumnya adalah sah.

Hafidz kemudiannya kembali mendirikan rumah tangga dengan cinta pertamanya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember 2023.