,
Laman Utama

“Shuib Adalah Keluarga Saya, Tak Ada Istilah Segan Tetapi Menghormati” - Ibu Mentua Tiri

Mya Amri
30/11/2021
10:14 MYT
Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34, terkejut dengan dakwaan yang mengatakan menantunya, Shuib kelihatan segan apabila bersamanya.
Menerusi akaun Instagramnya, Fatimah atau lebih mesra disapa Makder ini membuat naik satu hantaran yang menunjukkan seorang individu menegur hal yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan mereka.
Menjelaskan dakwaan individu itu, Fatimah menyatakan istilah segan tidak wujud memandangkan mereka adalah satu keluarga malah saling menghormati antara satu sama lain.
“Terkejut saya baca DM ni. Sebenarnya tiada istilah segan sebab kami adalah keluarga. Tidak wujud istilah menantu tiri ke, menantu kandung ke, menantu betul ke, menantu tipu ke, Shuib adalah keluarga saya.
“Anak-anak mereka semua cucu saya. Saya yang sama-sama jaga dari mereka lahir sampai sekarang. Mungkin apa yang orang nampak orang ingt Shuib segan dengan saya tapi sebenarnya kami saling menghormati,” jelasnya.
Dalam pada itu, Fatimah juga berkongsi cerita tentang detik pertama pertemuan Sarah bersama Shuib 12 tahun lalu.
“Lagi pun masa arwah Sarah dating dengan Shuib delu pun, saya yang selalu temankan. Ingat lagi masa pertemuan pertama Sarah dengan Shuib lebih kurang 12 tahun lepas.
“Saya ada masa itu temankan arwah. Bukan malu bukan segan tapi hormat. Saya minta doa baik-baik semua pihak untuk keluarga kami.
“Amin… InsyaAllah. Semoga doa yang baik juga berbalik kepada korang semua. Amin,” coretnya.
Terdahulu, seorang individu menghantar Direct Massage (DM) di akaun Instagram Fatimah dan mendakwa Shuib kelihatan segan setiap kali berada bersamanya.
“Assalam makder, ada sesuatu nak kongsikan sebab saya tengok story makder sebelum ini, saya tengok Shuib macam segan sikit dengan makder, semoga bermanfaat,” tulis individu tersebut.
DM itu juga turut disertakan dengan sepotong artikel berkaitan dengan hukum hakam antara mentua tiri dan menantu lelaki.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Teruk Dikecam Cuba Ambil Kesempatan Terhadap Pekerja, Shuib; "Demi Allah... Tiada Langsung Niat Saya"

gempak
19/11/2024
03:55 MYT
Pelawak, pelakon dan penyanyi Shuib Sepahtu tidak akan mengambil kesempatan terhadap kesempitan orang lain.
Hiburan

Dituduh Guna Hasil Wang Haram, Shuib Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang - “Saya Memang Suka Saman-Menyaman”

gempak
16/11/2024
05:55 MYT
Pelakon dan pelawak terkenal, Shuib mendedahkan dirinya telah difitnah oleh seorang individu di laman media sosial, TikTok baru-baru ini.
Hiburan

Isu Gagal Bayar Cukai, Shuib Tak Anggap Pengakhiran Untuk Perniagaannya - "Tuhan Kan Dah Janji…”

gempak
15/11/2024
12:25 MYT
Pelakon dan pelawak terkenal Shuib Sepahtu menganggap dia tidak gagal dalam perniagaan, sebaliknya apa yang berlaku merupakan ujian yang harus dihadapinya.
Hiburan

Anggap Shuib Suami Yang Hebat, Watie Hanifiah Pernah Jadi Seperti Netizen - “Kita Tak Ada Dalam Dunia Mereka…”

gempak
15/11/2024
06:25 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu usahawan Watie Hanifiah mengakui dia juga pernah menjadi seperti netizen yang akan menilai kehidupan selenbriti dengan hanya membaca berita yang dilaporkan.
Hiburan

Shuib Syukur Ada Peneman Di Mahkamah, Watie Hanifiah Siap Puasa Sunat - “Nak Minta Kat Allah…”

gempak
14/11/2024
23:55 MYT
Pelawak Shuib meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang juga usahawan, Watie Hanifiah turut menemaninya di Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Unitar