Laman Utama
Shuib Memang Tepati Kriteria Lelaki Idaman Watie! - "Kelakar, Suara Sedap, Pandai Main Gitar & Golf"
Isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal Shuib, Watie menjelaskan suaminya punyai ciri-ciri lelaki idamannya yang sentiasa dipanjatkan dalam doa.
Jelas Watie, suaminya itu menepati kriteria lelaki idamannya iaitu kelakar dan bersuara sedap.
"Peganglah ayat ‘Jangan Pernah Berhenti Berdoa’. Dari dulu bila berdoa pasal jodoh, mesti doa semoga Allah jodohkan dengan seseorang yang kelakar.
"Sebab dia kena hari-hari buat lawak, bagi ketawa. Kalau sehari tak ketawa rasa macam suram hidup.
"Keduanya, pandai main gitar supaya kalau tak pergi karaoke dia boleh mainkan gitar untuk kita nyanyi.
"Ketiga, suara kena sedap! Dia kena nyanyi sama-sama sambil petik gitar," coret Watie di Instagramnya.
Selain itu, Shuib juga punyai ciri-ciri lelaki idaman Watie yang pandai bermain golf.
"Golfer, masa ni ciri-ciri mula bertambah masa umur 27 tahun, sebab time ni dah mula suka dengan golf.
"Banyak lagilah sebenarnya kalau nak ceritakan ciri-ciri yang kita nak tu tapi tak sangka Allah tu Maha Mendengar kan… Sebab banyak yang kita nak tu, banyak juga yang Allah makbulkan..Alhamdulillah," tambahnya.
Nasihat Watie agar golongan wanita tidak berputus asa dalam mencari jodoh yang diidamkan.
"Jadi kat sini kita nak bagi semangat kat korang yang belum bertemu jodoh, lambat bertemu jodoh, jangan risau ok.
"Jangan pernah berhenti berdoa untuk Allah temukan dengan jodoh yang korang inginkan.. Insya-Allah Jodoh Pasti Bertemu Kerana Sabar Itu Begitu Indah," ujarnya.
Untuk rekod, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, 38, sah menjadi suami kepada Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35 dengan sekali lafaz pada 23 Jun lalu.
Must-Watch Video