Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar berkongsi rasa rindu untuk kembali aktif sebagai anak seni, khususnya dalam bidang komedi dan juga pengacaraan.
Hal tersebut dikongsikan sendiri oleh Shuk menerusi satu hantaran di Instagramnya baru-baru ini.
“Ada orang tanya Shuk tak rindu ke nak melawak lagi? Shuk tak rindu ke nak hosting lagi? Shuk tak rindu ke nak buat comeback?
“Sumpah aku rindu… Rindu nak melawak, rindu nak hosting, rindu nak bercakap dengan kengkawan dalam radio,” tulisnya.
Viral
Shuk Nak Comeback, Tapi Netizen Nasihat: “Buang Sisa Sampah Yang Tersepit Dengan Nama Kau Dulu”