Laman Utama
Shuk Sahar Datang Mahkamah Syariah? Netizen; "Dia Yang Menyakiti Tapi Seolah Dia Disakiti"
Pelawak Shuk Sahar hadir ke Mahkamah Syariah dengan pakaian serba hitam siap bersongkok, menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.
Tindakan Shuk, 36, yang hadir ke mahkamah seperti memberi bayangan seolah-olah hubungan rumah tangganya bersama isteri, Rossa Sera bakal menemui titik pengakhiran.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik Shuk di Tiktok miliknya, dia turut sertakan dengan beberapa hashtag seperti #akubukanjodohnya, #akutitipkandialanjutkanperjuanganku dan #semogadipermudahkanurusan dengan menggunakan runut bunyi Aku Bukan Jodohnya.
Sementara itu, netizen yang singgah di ruangan komen merasa simpati ke atas nasib pelawak itu dan menasihatinya supaya tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali.
“Dia yang menyakiti tapi seolah disakiti.
“Shuk kau boleh pergi jauh tau sebenarnya, tapi sayang kau salah pilih jalan.
“Pilihan di tangan kau Shuk, bukan Sera, kau ada pilihan untuk setia, untuk diberi dan dibuka rezeki seluasnya.
“Shuk tahu Sera masih menyayanginya, tapi mungkin jika Shuk meneruskan, dia akan lakukan lagi. Moga urusan ini dipermudahkan.
“Itu ujian rumah tangga mereka, bahagian kita belum tahu, Shuk lepas tolong jangan ulang lagi silap sama,” antara komen yang ditinggalkan netizen.
Untuk rekod, Rossa Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah menfailkan cerai bersama suaminya pada tahun lalu.
Shuk Sahar dan Rossa Sera telah diijab Kabul pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Quratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.
@shuksahar #akubukanjodohnya #akutitipkandialanjutkanperjuanganku #semogadipermudahkansegalanya ♬ original sound - shuksahar
Must-Watch Video