Berbaki beberapa jam lagi, teka-teki juara pertama Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022) bakal terjawab pada malam ini!
Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan dan 45 calon juara bakal berentap berdasarkan undian daripada peminat.
Pemenang daripada setiap kategori akan diumumkan pada malam ini selain anugerah utama Gempak Most Wanted dan anugerah khas Gempak Hall of Fame.
Gempak Most Wanted Awards 2022 merupakan anugerah pertama yang mengangkat dan meraikan bukan hanya selebriti tapi juga content creator serta selebriti media sosial yang ada di Malaysia.
Sembilan kategori yang dipertandingkan ialah Drama Trending Tergempak, Video Muzik Tergempak, Lagu Trending Tergempak, Selebriti Digital Tergempak, Digital Content Creator Tergempak, Digital Influencer Tergempak, Motivator Digital Tergempak, Video Trending Tergempak dan Personaliti Gamer Tergempak.
Kehangatan kian dirasai apabila ramai dalam kalangan pemain industri digital serta peminat yang membuat pelbagai ramalan juara pada kali ini.
Antara nama yang kerap disebut-sebut ialah personaliti media sosial popular Hafiz Mahamad, Ryan Bakery dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Malah, beberapa content digital yang pernah merajai takhta FYP di media sosial seperti klip viral 'Abang Bomba', pengumuman khas anak sulung Neelofa (Muhammad Bilal) dan Swipe Challenge yang dibuat pelakon kacak Merqeen menjadi sebutan.
Selain itu, lagu dan muzik video viral nyanyian Dolla berjudul Bad, Janna Nick (Gatal) dan lagu Casablanca nyanyian Nuha dan Naufal antara yang diramal peminat sebagai juara.
Teruskan undian anda di sini!
GWMA 2022 akan dihoskan oleh Elly Mazlein, Radin, Amelia Henderson dan Sean Lee.
Antara persembahan hebat yang bakal menghiasi anugerah pada malam ini ialah The Gadys, Dolla, Sara Sisters, Misha Omar, Marsha Milan, Namie, Khai Bahar, Defam, Nabila Razali, Bunkface dan ramai lagi.
Gempak Most Wanted Awards 2022 akan dipancarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Amri Hassan
Sun Feb 26 2023


Lah, Rupanya Awkwafina Pernah Menetap Di Kuala Lumpur? Ini Kisahnya…
Rupanya Awkwafina pernah duduk sini...

Video Bruce Springsteen Jatuh Tangga Sewaktu Konsert Ditonton 7.4 Juta Kali
Lebih 7 juta views ya!

Proses Persiapan Buku Penuh Air Mata, Puteri Sarah ‘Spill The Tea’ Kisah Peribadi & Tragedi Hidup Dalam ‘Terus Melangkah’ - “Menceritakan Sisi Lain Yang Tak Pernah…”
Sarah kongsi kisah peribadi dalam buku pertamanya.

#PE3: 8 Hari Tayang, Polis Evo 3 Kaut RM25 Juta! Watak ‘Villain’ Reza Jadi Bualan Hangat
Tahniah Polis Evo 3 boh!

Jamal Abdillah Lega Dapat Saman PRISM – “Lagu Dimainkan Di Radio Tapi Tiada Royalti”
Artis tak dapat royalti?

#MEGASPONTAN2023: Hubungan Jalaluddin Hassan Dengan Roy Azman Macam ‘Tom & Jerry’ - “Walaupun Ada Nampak Seperti Kami Gaduh, Tapi…”
Suka tengok Tok Jalal dengan Roy.

“Saya Bukan Mangsa Fesyen” - Aina Abdul Mahu Tonjol Alter Ego, Dedah Maksud Tersirat Baju ‘Toto’ Viral
Ada sebab kenapa baju Aina unik-unik.

#PE3: “Jadi Sniper Pun Smart!”- Girl Crush! Ramai Ingat Sofia Jane Rupanya Farali Khan! Lakonan Jadi Inspektor Julie Memang ‘Bad Ass’
Memang girl crush lah Farali ni. Cantiknya.

“Saya Rasa Dizalimi” - Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS, Bapa Anzalna Tak Tolak Ada Campur Tangan Politik & Kroni
Dapat notis 24 jam.

“Bringing ‘Binawe’ Back” - Anwari Ashraf Kongsi Foto Scene Outline Keluang Man, Ramai Yang Teruja
Memang tak sabar!