Hisyam dan Fikhree berkongsi foto potongan kek beserta isi kandungan nota di laman Instagram masing-masing.
Difahamkan, penghantar merupakan orang yang sama dan menggunakan pangkal nama H.
Kepada Hisyam, H memberikan kek tersebut bersama nota berbunyi:
"Akan sentiasa menemani di saat manismu."
Kepada Fikhree, H menuliskan nota berbeza:
"Manis red velvet atau manis lagi cinta saya?"
Siapakah H? Apakah hubungan H dengan Hisyam dan Fikhree?
Persoalan itu mengundang spekulasi kerana baik Hisyam atau pun Fikhree, kedua-duanya berstatus suami orang.